AdSense

Friday, November 24, 2017

Tudung : DAP guna Raja jadi bidak


DAP dilihat semakin berjaya menggunakan bidaknya dalam meraih sokongan politik.


Selepas kepala PAN Mat Sabu, DAP kini dilihat menggunakan kesemua bala tentera oren termasuk MP Kuala Terengganu, Datuk Seri Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad.

Sedia maklum, isu pekerja hotel yang dikatakan dilarang menutup aurat baru-baru ini tercetus dan mengundang perasaan marah majoriti rakyat Malaysia.

Iyalah, di Malaysia ini majoriti beragama Islam. Dalam Perlembagaan Persekutuan juga ada disebut bahawa Islam adalah Agama Persekutuan sementara agama-agama lain bebas diamalkan.

Jika DAP lantang memperjuangkan rakyat (kononnya) tetapi kenapa mempergunakan PAN untuk menafikan hak orang Islam?

"Mengapa perlu rundingan? Tiada soal untuk berunding YB (PAN Kuala Terengganu Datuk Seri Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad) kata apa salahnya berunding, ini bukan soal perundingan.

"Ada perkara boleh kita runding tetapi ada yang tidak perlu dirundingkan pun seperti isu ini."

"Jangan jadi rakyat Malaysia jika YB tidak mampu mempertahankan hak rakyat, apatah lagi menjadi wakil rakyat dalam Dewan Rakyat ini."

"Apa hinanya pakai tudung di kaunter depan hotel. Apa yang hina sangat?

Demikian kenyataan MP Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen semalam.

Hakikat menyedari bahawa inilah agenda halus yang sedang dimainkan pemimpin Pakatan Pro DAP. Seperti wujud satu arahan yang mengarahkan supaya membuat kacau apa saja isu sensitif termasuk melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

DAP bijak dalam merangka strategi bagi menjayakan agenda halus mereka bertunjangkan misi Malaysian Malaysia, negara liberal dan cauvinis.

Untuk rujukan, kita boleh semak kembali apa pendirian Pakatan Pro DAP dalam isu kalimah Allah, RUU355, Siti Kassim, kerjasama ummah UMNO-PAS dalam isu Rohingya, lawatan dan sokongan PM Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap masyarakat serta negara Palestin, hubungan diplomasi Malaysia-Arab, kunjungan Raja Arab ke Malaysia, tawaran haji oleh 1MDB kepada imam, mudir pondok dan kariah masjid, pesta arak dan banyak lagi.

Kesemua isu ini dikritik, diperlekeh dan dipolitikkan oleh pemimpin Pakatan Pro DAP. Nampak begitu tebalnya kebencian dalam hati mereka.

Apakah ini yang diinginkan masyarakat majmuk?

Isu penganjuran pesta arak umpamanya. Pakatan Pro DAP cuba menggambarkan BN menyekat hak orang bukan Islam. Sedangkan ia adalah saranan pihak DBKL selepas dinasihati PDRM berhubung soal keselamatan awam. Penganjuran itu membuka ruang berlakunya unsur keganasan.

Hendak tuduh BN sekat hak orang bukan Islam itu adalah kenyataan tidak tepat. MCA, MIC dan lain-lain parti komponen dalam BN juga orang bukan Islam. Tetapi mereka menerima positif dan akur dengan saranan DBKL selepas dinasihati PDRM.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pernah mempelawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk minum (arak) di Kuala Lumpur. Tak perlu risau, orang bukan Islam boleh saja untuk meminum arak. Tiada siapa yang akan menghalangnya.

Sebab itu Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa acap kali mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dengan agenda halus DAP yang kini menguasai Pakatan Harapan.

Ini bukan bermakna kita anti Cina tetapi hanya anti DAP. Sejarah mencatatkan bahawa Malaysia lebih aman dan harmoni sebelum datangnya DAP yang lahir daripada PAP Singapura.

Bukanlah rasis. Jika rasis bagaimana UMNO, MCA dan MIC masih boleh bersama sejak dikenali dengan nama Perikatan hingga Barisan Nasional hari ini?

Antara ramuan yang menyebabkan BN kekal kukuh ialah kerana mereka lahir untuk memperjuangkan kemerdekaan dan hak-hak rakyat. Berbeza dengan DAP yang hanya wujud selepas negara merdeka. Pemimpin DAP tidak bergolok gadai untuk negara.

Sementara PKR, PAS dan PPBM hanyalah parti serpihan. Parti yang lahir untuk kepentingan peribadi dan dikendalikan oleh kumpulan kecewa ketika dalam UMNO.

Justeru itu, BN merupakan kerajaan yang terbaik dan berpengalaman mentadbir negara. Tidak seperti PH yang hanya bekerja untuk tuan mereka - DAP dengan bersenjatakan politik kebencian.

#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP

1 comment:

  1. Ayuh wahai semua wanita bertudung tanpa mengira bangsa kita boikot kedai2 cina dap, juga premis2 menjual arak spt 7elevan etc... anda mampu mengubahnya...

    ReplyDelete