AdSense

Tuesday, November 28, 2017

Cubaan perkuda Mahkamah - Padan muka Zaid DAP kena RM16,000.00


Mahkamah bukan tempat main pondok-pondok. Jangan suka-suka hendak menggunakan mahkamah sebagai alat politik. Jika tak, jadi macam Zaid DAP.


Padan muka boneka DAP, Datuk Zaid Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman (23 Nov 2017) yang dikemukakannya yang menuntut wang RM2.6 bilion dan RM42 juta yang didakwa dikreditkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Apa yang cuba disampaikan Zaid melainkan cuba menjadi hero mewakili DAP? Atau mahu dipandang tinggi oleh pemimpin atasan DAP dengan berlagak di barisan hadapan?


Lupakah Zaid bahawa Ahli Parlimen Kepong (DAP) Dr. Tan Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi PAC pernah memberitahu bahawa Najib tidak terlibat dengan sebarang salah laku atau jenayah dalam 1MDB?

Lupakah Zaid bahawa Naib Presiden PAN Datuk Husam Musa dan orang kanan Mahathir, Matthias Chang telahpun menggugurkan saman mereka ke atas perbadanan berpangkalan di AS serta individu yang didakwa menggunakan dana 1MDB pada 23 September 2016?

Ini Malaysiakini ni... Jangan kata Zaid DAP tak percaya pulak...!

"NOTIS PEMBERHENTIAN SUKARELA Menurut Kaedah 41 (a) (1) (A) (i) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan, plaintif (atau plaintif-plaintis) dan atau penasihat mereka, dengan ini memberi notis bahawa tindakan diatas secara sukarela digugurkan, TANPA prejudis terhadap defendan Goldman Sachs Group Inc, Debra Whelan Johnson, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Metropolis IX Capital Advisors, LLC, Red Granite Inc, Riza Shahriz Abdul Aziz , Low Taek Jho. Dokumen difailkan oleh Husam Musa, Matthias Chang. (Burke, Louis)."

Nampaknya Zaid kini mengambil tempat sebagai boneka DAP dengan jayanya apabila terpaksa menjalankan kerja-kerja di barisan hadapan.

Biarpun pernah menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan, Zaid juga gagal menjayakan misi DAP untuk memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tuntutan tersebut, Zaid selaku plaintif menamakan Perdana Menteri; 1MDB; kerajaan Malaysia, dan anak tiri Najib, Riza Shariz Abdul Aziz masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

"Plaintif tidak mendedahkan satu kausa tindakan munasabah, mengaibkan, remeh, menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah," katanya Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail ketika membuat keputusan membatalkan saman tersebut.

Selain itu, Rohani berkata, plaintif  juga tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan tersebut terhadap defendan untuk manfaat 1MDB  dan plaintif  juga bukan seorang pegawai, ahli, pemegang saham atau ejen 1MDB untuk membawa tindakan tersebut untuk manfaat defendan.

"Sekiranya tindakan ini adalah satu tindakan perwakilan bagi manfaat semua rakyat dan pembayar cukai di Malaysia, plaintif juga didapati gagal menunjukkan wang telah ditukar atau disalahgunakan oleh Najib bagi kegunaan orang lain, " katanya.

Malah katanya plaintif juga tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai dakwaan plaintif berhubung wang berkenaan.

Sehubungan itu Zaid diperintah membayar kos sebanyak RM4,000 kepada setiap defendan. 4 kali 4 sama dengan 16. Jadi Zaid kena bayar RM16,000.00.

#PadanMuka #BonekaDAP

No comments:

Post a Comment