Hari ni keluar pergi kerja, tengok jalan lengang! Bukanlah sampai boleh baring atas jalan. Maksud penulis, aliran trafik tidak sesak seperti biasa.
Oh! Barulah ingat yang cuti persekolahan baharu bermula...
Bercakap pasal cuti sekolah ni, mesti ramai yang pulang ke kampung halaman.
Jalan bandar tak sesak tetapi beralih arah ke lebuhraya pula.
Tambahan pula perayaan Krismas menjelang tiba pada bulan depan - Disember.
Biasa kita dengar berlakunya kemalangan jalanraya, terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan.
Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menangani isu ini.
Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Nor dalam sidang media pada 23 November baru-baru ini mengatakan bahawa SPAD akan bekerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), penguasa lebuhraya dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Katanya, operasi bersepadu 24 jam ini bermula 23 November hingga 26 Disember 2017.
Operasi juga akan diteruskan 22 Disember - 2 Jan 2018 dan menfokuskan kepada semua jenis perkhidmatan pengangkutan awam.
Perkhidmatan bas ekspres dan lain-lain pengangkutan awam menjadi sasaran utama operasi ini. Ia akan dipertingkatkan lagi menjelang Hari Krismas.
Pihak pengendali termasuk pemandu pengangkutan awam perlu lebih berhati-hati kerana selepas ini pegawai penguatkuasa akan memperbanyakkan aktiviti penyamaran bagi memastikan tahap keselamatan penumpang berada pada tempat tertinggi.
Dalam masa sama, pemantauan di kawasan berisiko berlakunya kemalangan, penggunaan CCTV lebuhraya dan perangkap had laju juga akan diaktifkan secara holistik.
Selain itu, kegiatan ulat tiket juga akan dipantau secara agresif bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan sindiket tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, para pengguna bas ekpsres dan pengguna jalanraya yang lain kini boleh menggunakan aplikasi MeterON untuk membuat aduan sekiranya pemandu bas memandu dalam keadaan berbahaya atau secara tidak berhemah.
Ya, aplikasi ini pada asalnya dicipta untuk perkhidmatan teksi dua tahun lepas. Kini ia ditambahbaik untuk kegunaan penumpang bas ekspres pula.
Untuk makluman, aduan ini akan sampai terus kepada pihak SPAD seterusnya menghubungi pihak operator. Manakala operator pula akan berhubung dengan pemandu bas supaya lebih berhati-hati ketika bertugas.
Sedia maklum, sejak ditubuhkan, SPAD tidak akan bertolak ansur berhubung keselamatan orang ramai. Tindakan undang-undang segera diambil terhadap pemandu dan operator yang didapati cuai serta mengabaikan keselamatan penumpang dan pengguna jalanraya yang lain.
Oleh yang demikian, orang ramai disarankan agar memuatnaik aplikasi MeterON di telefon pintar masing-masing. Boleh cari di Playstore atau Apps Store.
Mana tahu disebabkan aduan yang dibuat, kemalangan dapat dielakkan. Nyawa dapat diselamatkan!
Oh! Barulah ingat yang cuti persekolahan baharu bermula...
Bercakap pasal cuti sekolah ni, mesti ramai yang pulang ke kampung halaman.
Jalan bandar tak sesak tetapi beralih arah ke lebuhraya pula.
Tambahan pula perayaan Krismas menjelang tiba pada bulan depan - Disember.
Biasa kita dengar berlakunya kemalangan jalanraya, terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan.
Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menangani isu ini.
Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Nor dalam sidang media pada 23 November baru-baru ini mengatakan bahawa SPAD akan bekerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), penguasa lebuhraya dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Katanya, operasi bersepadu 24 jam ini bermula 23 November hingga 26 Disember 2017.
Operasi juga akan diteruskan 22 Disember - 2 Jan 2018 dan menfokuskan kepada semua jenis perkhidmatan pengangkutan awam.
Perkhidmatan bas ekspres dan lain-lain pengangkutan awam menjadi sasaran utama operasi ini. Ia akan dipertingkatkan lagi menjelang Hari Krismas.
Pihak pengendali termasuk pemandu pengangkutan awam perlu lebih berhati-hati kerana selepas ini pegawai penguatkuasa akan memperbanyakkan aktiviti penyamaran bagi memastikan tahap keselamatan penumpang berada pada tempat tertinggi.
Dalam masa sama, pemantauan di kawasan berisiko berlakunya kemalangan, penggunaan CCTV lebuhraya dan perangkap had laju juga akan diaktifkan secara holistik.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad. |
Sementara itu, para pengguna bas ekpsres dan pengguna jalanraya yang lain kini boleh menggunakan aplikasi MeterON untuk membuat aduan sekiranya pemandu bas memandu dalam keadaan berbahaya atau secara tidak berhemah.
Ya, aplikasi ini pada asalnya dicipta untuk perkhidmatan teksi dua tahun lepas. Kini ia ditambahbaik untuk kegunaan penumpang bas ekspres pula.
Sedia maklum, sejak ditubuhkan, SPAD tidak akan bertolak ansur berhubung keselamatan orang ramai. Tindakan undang-undang segera diambil terhadap pemandu dan operator yang didapati cuai serta mengabaikan keselamatan penumpang dan pengguna jalanraya yang lain.
Oleh yang demikian, orang ramai disarankan agar memuatnaik aplikasi MeterON di telefon pintar masing-masing. Boleh cari di Playstore atau Apps Store.
Mana tahu disebabkan aduan yang dibuat, kemalangan dapat dielakkan. Nyawa dapat diselamatkan!
No comments:
Post a Comment