AdSense

Friday, October 6, 2017

Tanggungjawab UMNO hanya untuk Agama, Bangsa dan Tanahair


Wahai ahli UMNO sekalian, jangan sesekali kalian hanyut dengan permainan politik pembangkang yang menghidangkan isu-isu kitar semula, persepsi dan fitnah.

Wahai ahli UMNO sekalian, bangkit dan majulah ke hadapan, memberi penerangan sebenar tentang SIAPA UMNO!

Kerana semakin hari, masyarakat seolah-olah lupa siapa UMNO dek kerana kita terlalu asyik mengikut rentak pembangkang - main isu kitar semula, 24/7 menjawab fitnah yang dilemparkan.



Sudah banyak kita menjawab, namun mereka tetap tidak mahu menerima jawapan yang diberikan kerana jawapan itu tidak kena pada citarasa mereka. Kalau kita memegang buah oren, dan katakan ia adalah buah oren, mereka pembangkang tidak sesekali akan percaya kerana mereka sudah dididik bahawa buah oren itu adalah epal.

Usah buang masa melayan permainan politik puak pembangkang atau sinonim dengan gelaran Pakatan Pro DAP ini.

Sekarang, ahli-ahli UMNO perlu menjelaskan kepada masyarakat, siapa UMNO.

"Kalau dulu kita dijajah dan penjajahan yang datang dulu adalah beragama Islam, maka UMNO tak perlu wujud di bumi Malaysia." Tegas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam program Dialog Perjuangan 4 All di Parlimen Kuala Kedah semalam.

"Kita ini hidup ada tanggungjawab. Bukan sekadar makan minum hidup bersendirian, tetapi kita ada tanggungjawab fardhu ain, fardhu kifayah dan dalam membentuk pemerintahan, tanggungjawab dalam menentukan apa yang akan jadi pada kita sebagai satu kaum dan bangsa.

"Kalau UMNO lebih terkenal daripada lidah DAP sebagai rasis, daripada lidah PAS sebagai kafir, daripada lidah PKR pula UMNO itu rasuah, maka seluruh orang akan benci pada UMNO dan kita orang UMNO tidak dapat beri penjelasan siapa kita, apa beza antara parti UMNO dengan orang UMNO.

"Parti UMNO itu dulu bersih, cantik dan elok tapi orang UMNO bukan nabi bukan malaikat, kalau ada salah ada caranya, pemimpin datang dan pergi, UMNO itu yang harus didahulukan."


Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang juga menjadi panelis dalam dialog berkenaan turut menyatakan beberapa fakta yang menarik perhatian hadirin termasuk pengguna media sosial yang mengikutinya secara siaran langsung di laman rasmi Facebook Tan Sri Annuar Musa.

"Sepanjang 60 tahun, perkembangan Islam di negara ini telah berkembang dengan pesat kerana parti UMNO yang menerajui negara ini.

"Pada tahun 2050, negara kita akan ada lebih 100,000 orang hafal Al Quran, sama ada menteri besar, engineer, peguam dan sebagainya yang boleh hafal Quran.

"Semenjak pemerintahan Datuk Seri Najib, terdapat tiga kali guru-guru Kafa dan imam-imam Masjid dinaikkan gaji.

"Terdapat seramai 6,400 orang telah dilahirkan Huffaz pada masa kini yang dilahirkan dari Mahaad Tahfiz di bawah kerajaan Malaysia.

"Pernahkah orang Islam membantah kuil besar di Batu Caves, gereja di
Bukit Jalil kerana orang-orang Islam di sini diberi hikmah atas kebijaksanaan daripada parti UMNO (kuasa politik).

"Puak-puak DAP seringkali mempertikaikan, memperlekehkan, menilaikan prejudis dan sering bermain sentimen agama demi kedaulatan Islam."

Alhamdulillah... Bersandarkan kepada fakta-fakta ini maka orang ramai khususnya generasi muda dapat mengetahui siapa sebenarnya UMNO. Sebuah parti yang memperjuangkan Agama Islam, Bangsa dan Tanahair tanpa mengenepikan kaum-kaum lain.

Jauh sekali dengan ideologi parti pembangkang. BN dan Pakatan tak sama. BN diketuai UMNO tanpa mengenepikan kaum-kaum lain. Pakatan diketuai DAP, hak kaum-kaum lain belum tentu terjamin kerana parti DAP dikuasai Dinasti Lim.

Sejak 51tahun DAP dikuasai Lim Kit Siang hinggakan ahli sendiri menuntut agar parti DAP lebih demokrasi dan telus terutamanya dalam pemilihan pucuk pimpinan. Belum lagi sentuh bab isu rasuah membabitkan anaknya dalam kes banglo dibawah harga pasaran, kes kilang haram di Pulau Pinang, banglo Disneyland di Ampang serta kekayaan luar biasa membabitkan pemimpin muda PKR di Selangor.

#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP
*Gambar ihsan UMNO Online

1 comment:

  1. Alhamdulillah!
    Insya Allah rapatkan saf barisan memperkukuhkan UMNO. Semoga Allah SWT pelihara dan berikan kekuatan pada UMNO untuk memimpin negara ke jalan diredhoi Allah Taala. Yang buruk di jadikan sempadan dan lakukan pembaikan.

    Allahu Akbar!
    #HidupUMNO

    ReplyDelete