AdSense

Thursday, October 5, 2017

PENJELASAN SEBENAR ISU 'UMNO DI SEKOLAH'


Agak kelakar bila bekas Perdana Menteri selama 22 tahun Mahathir Mohamad menggelarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini sebagai kerajaan diktator.

Ramai yang tergelak besar bila Mahathir berani menyebut perkataan DIKTATOR - satu gelaran mahsyur buat dirinya sebelum ini.


Demi mendapatkan kuasa untuk boboi kesayangannya, Mukhriz Mahathir dan menjilat muka kuasa besar dalam Pakatan Harapan Lim Kit Siang, beliau sanggup 'melepaskan' kemahsyuran tersebut dan diberikan kepada parti lawan. Parti yang pernah memberinya peluang memerintah negara selama 22 tahun.

Memetik pada kenyataanya di akhbar pro pembangkang Sinar pada hari ini, 5 Oktober 2017, Mahathir menyifatkan kejadian yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) ketika meraikan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai 'cara kerajaan diktator'.

Sedia maklum, video yang dirakamkan oleh portal pro DAP, Malaysiakini tular selepas disunting dan disebarkan oleh kumpulan tentera siber pembangkang.

1. Pelajar menyanyikan lagu rasmi UMNO.
2. Pelajar mengibarkan bendera UMNO.
3. Pelajar mengangkat 'banner' tertera tulisan UMNO - MCA.
4. Pelajar melakonkan watak pemimpin UMNO dan Parti Perikatan.
5. Menghidangkan kek pulut dengan lambang UMNO.

Dalam klip video sama, kedengaran suara-suara 'pelat' wartawan dikatakan cauvinis pro DAP bertanyakan soalan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor. Namun Ku Nan hanya blah menaiki kereta dengan machonya... Raut wajahnya seperti mahu kata, ah buang masa aku jawab kau wartawan pembangkang. Kalau aku jawab mesti kau spin 360 darjah. Aku kenal kau.

Tetapi tidak bagi seorang Guru Besar yang dijadikan sasaran oleh wartawan cauvinis pro DAP ini. Guru Besar ini tidak kenal muka-muka wartawan yang membuat liputan pada hari berkenaan. Beliau hanya menjawab setakat apa yang beliau boleh jawap. Nampak agak teragak-agak jawapan beliau. Iyalah, beliau bukan orang politik. Lagipun, bukan senang hendak menjawab soalan perangkap dan berniat jahat oleh wartawan cauvinis pro DAP ini.

Beliau bukan seperti Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim...

"You wartawan dari mana? TV3?" (sambil tolak kamera).
"Ooo ini wartawan UMNO Barisan Nasional."
"Oh ini wartawan pencacai UMNO Barisan Nasional."

"Soalan lain please, jika wartawan UMNO Barisan Nasional ini terus begini, saya terpaksa memanggil security guard untuk bawa kamu keluar dari bilik sidang media ini." (Rafizi Ramli)

Kejadian di sekolah tersebut bukannya isu besar yang boleh menggugat keamanan negara sepertimana penganjuran pesta arak secara terbuka yang berupaya mengundang kehadiran pengganas.

Penulis setuju kalau hendak katakan bahawa wartawan cauvinis pro DAP berjaya mengelirukan rakyat Malaysia berhubung isu sekolah di Putrajaya ini.

Sebagai warganegara yang waras, penulis lebih cenderung untuk melihat isu ini secara menyeluruh. Penulis tidak salahkan wartawan cauvinisi pro DAP berkenaan. Barangkali mereka hanya hadam dan merujuk pada buku sejarah komunis, bintang tiga atau Jepun.

Sebenarnya apa yang berlaku, pelajar dan guru di sekolah berkenaan hanya cuba menggambarkan suasana pada saat negara mencapai kemerdekaan. Ia selari dengan tema yang dibawa pada hari berkenaan iaitu SAMBUTAN KEMERDEKAAN.

Sebab itu ada 'garisan manusia' mengenakan pakaian rasmi UMNO saat ketibaan VIP. Sementara bendera UMNO dikibarkan dan lagu UMNO turut dinyanyikan.

'Banner' tertera tulisan UMNO - MCA diangkat menandakan kewujudan Parti Perikatan yang ditubuhkan - Antara resepi utama kepada kemerdekaan negara.

Kek pulut berlambangkan logo UMNO dihidangkan menandakan kemenangan dalam menuntut kemerdekaan.

Apa salahnya tema 'UMNO dan Kemerdekaan?


UMNO mengetuai dalam proses kemerdekaan negara adalah sesuatu yang nyata. Sama juga dengan DAP mengetuai Pakatan Harapan hari ini. (Kerusi DAP lebih banyak berbanding PKR, PAS, PAN, PPBM. Ini fakta dan realiti. Kenapa mahu sorok dan padam?

Usah menjadikan 'sekolah' sebagai penyebab kepada serangan ini. Sedangkan di dalam kelas pun pelajar ini mempelajari subjek sejarah. Apa yang membezakan, mereka memaparkan sejarah dalam bentuk lakonan semula.

Sepatutnya kita berasa bangga kerana pelajar ini memahami keperitan pemimpin serta tokoh terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara. Tanpa pejuang terdahulu, mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan yang aman, selesa, harmoni dan makmur seperti hari ini.

Penulis percaya, andai dahulu pemimpin DAP yang terbang ke London dan mengetuai rombongan dalam menuntut kemerdekaan negara menerusi proses rundingan dengan kuasa penjajah, pasti lagu, bendera bahkan pulut logo DAP akan dihidangkan...

Dalam perkembangan sama, wartawan cauvinis pro DAP sepatutnya berterima kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kalau mereka membaca sejarah, mereka sedar bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang boleh bekerjasama dengan baik bersama lain-lain parti berasaskan kaum minoriti.

"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semya sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." (Kata-kata bekas Presiden MIC yang pertama, Tun V.T. Sambanthan).

Apakah setelah mendapat peluang, wartawan serta pejuang berjiwa cauvinisi ini berhasrat memadam sejarah?

No comments:

Post a Comment