Muka Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng mesti merah padam ketika ini apabila diajak menikmati hidangan babi dan arak di Kuala Lumpur. Beranikah Guan Eng menyahut pelawaan seteru politiknya yang mahu membelanja beliau menjamu selera?
Kenapa di Kuala Lumpur? Kenapa tidak Pulau Pinang?
Sebab dalam kenyataan baru-baru ini, Guan yang juga anak kepada pemimpin diktator DAP selama 51 tahun (Lim Kit Siang) cuba menggambarkan seolah-olah TIADA NEGERI DI MALAYSIA selain Penang yang membenarkan rakyatnya memakan babi serta meminum arak.
Justeru itu Guan Eng dipelawa Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk keluar daripada tempurung, keluar daripada gua dan hidup dalam dunia realiti. Bukannya fantasi.
Apakah rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk diperbodohkan Guan Eng? Kononnya hanya Guan Eng, Dinasti Lim DAP saja yang benar-benar memperjuangkan hak-hak orang bukan Islam di bumi Malaysia?
Apa bagusnya DAP berlagak seperti pejuang orang bukan Islam namun melanggar undang-undang dalam negara?
MCA umpamanya, menolak penganjuran pesta arak bukan kerana tidak membenarkan orang bukan Islam meminum arak sebaliknya kerana faktor keselamatan awam.
MCA tidak sanggup untuk berkompromi dalam soal keselamatan orang ramai. Bukannya bererti pemimpin MCA TIDAK BENARKAN orang bukan Islam khususnya kaum Cina daripada meminum arak.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP cuba menggambarkan sedemikian. Kononnya MCA sebuah parti yang tidak memperjuangkan hak-hak orang Cina. Walhal, keputusan yang dibuat MCA itu adalah berdasarkan kepada nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kenapa pemimpin DAP tidak menghentam PDRM? Kerana mereka tahu, pihak polis memberikan nasihat yang relevan. Sebaliknya pemimpin DAP menyerang parti lawan, MCA bertujuan meraih kepentingan politik.
Sampai bila rakyat hendak diperbodohkan DAP?
No comments:
Post a Comment