AdSense

Tuesday, October 3, 2017

Pembangkang belum jumpa formula BN


Puak pembangkang atau sinonim dengan gelaran #PakatanProDAP masih gagal untuk meniru gabungan parti seperti Barisan Nasional.

Sebelum itu, Suara Lensa pernah menulis satu artikel bertajuk : #PRU14 - Hanya UMNO dan DAP

Kenapa UMNO atau BN saja yang lawan DAP? Kerana hanya dua parti ini saja yang ada DNA. Parti-parti lain hanyalah serpihan daripada UMNO / BN. Ditubuhkan kerana merebut jawatan. Kalah dalam pemilihan maka diwujudkan parti baharu.

Baiklah, sekarang Suara Lensa mahu berkongsi tentang hasrat DAP untuk meniru konsep BN yang dulu dikenali Parti Perikatan.


Lebih separuh abad, DAP telah dan sedang berusaha. Kalau pembaca masih ingat, dulu DAP yang juga merupakan adik kepada parti PAP di Singapura ini pernah bekerjasama dengan Semangat 46. Namun ia tidak kekal lama.

Begitu banyak gabungan yang roboh seperti Gagasan Rakyat pada tahun 1990an, Barisan Alternatif (1999) dengan bekerjasama dengan PAS, Keadilan serta PRM, Pakatan Rakyat (2008) dan hari ini Pakatan Harapan.


Setelah diamati, sepanjang wujudnya gabungan blok pembangkang ini, DAP sering 'buat hal' dan 'buat ikut kepala sendiri'.

Parti DAP yang juga dilabel parti chauvinis ini sering keluar daripada gabungan kerana dikatakan tidak boleh 'mendengar' tentang perjuangan Islam dan Melayu. Tiada istilah demokrasi atau hak-hak orang lain. Seolah-olah mereka langsung tidak merujuk kepada asas pembentukan negara atau Perlembagaan Persekutuan.

Dalam PH, DAP masih kekal berkuasa selepas menendang keluar PAS. Sementara PAN yang diketuai Mat Sabu dibawa masuk ke dalam PH bagi menunjukkan 'keseimbangan'. Kononnya PH adalah sebuah gabungan yang merangkumi pelbagai kaum.

Hakikat menyedari bahawa PAN yang juga serpihan PAS ini adalah kambing hitam. Sebagaimana DAP memperlakukan kepada PAS pada pilihanraya sebelum ini bagi meraih undi orang Islam, Melayu dan Bumiputera.


Setelah memperoleh kemenangan, isu-isu seperti hudud, RUU355 dan apa saja berkaitan Islam dan Melayu akan dijadikan penyebab untuk menendang keluar PAS. Sekaligus membuktikan bahawa DAP memang tak boleh dengar langsung tentang perjuangan Islam dan Melayu.

Untuk makluman pembaca, pendirian DAP ini sangat konsisten sejak dahulu lagi. Pada tahun 2001, DAP dengan angkuh keluar Barisan Alternatif kerana timbul isu negara Islam yang dibawa PAS. Ketika dalam Pakatan Rakyat, DAP membalas dendamnya apabila menendang keluar PAS sekitar pertengahan tahun 2015.

Demikianlah sedikit sebanyak sejarah politik angkuh DAP dalam usaha meniru konsep BN. Mereka masih lagi gagal dan tidak mampu mengubah sikap buruk diri sendiri.

Berbeza dengan BN yang mengamalkan konsep wasatiyah atau kesederhanaan. Tidak ekstrem dan tidak juga lemah.


"Selepas UMNO wujud, dalam perhimpunan pertamanya membincangkan usul tentang untuk orang bukan Melayu mendapatkan kewarganegaraan.

"Dalam membina negara bangsa, negara memerlukan foundation yang kuat dan mantap, bukan hanya sekadar proses perkongsian impian dan gabungan untuk mencari keselesaan sementara, ia perlu berada pada paksi yang kukuh.

"Pentingnya untuk kita (Malaysia) mempunyai sebuah kerajaan yang wasatiyah dan ada consistency dalam membantu menyelesaikan keperluan rakyat."


Itu petikan kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam program Dialog Perjuangan 4 All anjuran Jabatan Penerangan UMNO Malaysia di Dewan Kompleks Yayasan Warisan Johor Bahru pada 1 Oktober 2017 baru-baru ini.

Ini yang tidak ada dalam gabungan pembangkang diketuai DAP. Mereka tiada semangat perpaduan dan permuafakatan sepertimana BN. Roh perjuangan ini tidak wujud dalam pembangkang diketuai DAP kerana parti-parti dalam gabungan mereka mempunyai agenda serta kepentingan masing-masing.

Selain sering bercakaran, mereka juga tidak mampu untuk mencapai kata sepakat dalam pelbagai perkara. Jika di peringkat pengurusan parti pun gagal dan sering roboh, bagaimana mahu mentadbir sebuah negara?

No comments:

Post a Comment