AdSense

Monday, October 9, 2017

Dah ramai guna pengangkutan awam. Siapa berani nafi?


Belum habis tahun 2017, namun pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudahpun menunjukkan laporan yang membanggakan.


Laporan yang dimaksudkan ialah angka kepenggunaan pengangkutan awam di Malaysia bagi bulan Januari hingga Ogos 2017.

Tahun lepas, purata harian penggunaan pengangkutan awam adalah sebanyak 570,021 namun pada tahun ini meningkat kepada 638,608! Naik 12 peratus!

Untuk makluman pembaca, pertambahan ini tidak termasuk penggunaan MRT Laluan 1 yang merekod kenaikan purata harian 101,024 kerana ia hanya dilancarkan tahun ini.

SPAD dalam kenyataan awal bulan lalu memberitahu, Laluan LRT Kelana Jaya mendahului pertambahan tahun ini dengan 26 peratus kepada 271,250 daripada 215,855, diikuti Laluan LRT Ampang yang naik 14 peratus kepada 184,931 daripada 161,779 sementara KLIA Transit naik 10 peratus kepada 19,420 daripada 17,719.

Dalam setandan kelapa tidak semestinya semuanya elok. Ada juga kekurangannya. Namun kekurangan tersebut ada penyebabnya.

Seperti perkhidmatan KTM Komuter yang menurun kepada 103,074 daripada 108,023 tahun lepas, adalah kerana Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang menjejaskan kekerapan tren.

SPAD yakin, penggunaan KTM Komuter akan menjadi stabil dan naik semula apabila kerja-kerja naik taraf KVDT yang meliputi menaik taraf landasan dan sistem isyarat siap pada 2019, bagi memodenkan rangkaian KTM Komuter sejauh 42 kilometer.

Manakala penurunan penggunaan KL Monorel sebanyak 11 peratus adalah kerana penggantian tren empat gerabak berikutan aspek keselamatan, yang menjejaskan kekerapa tren.

Namun yang demikian, secara keseluruhannya, pengangkutan awam di Malaysia mendapat pujian ramai pihak khususnya para pengguna.

Menurut dapatan dalam kajian Indeks Kepuasan Pelanggan, sebanyak 84 peratus responden BERPUAS HATI dengan pengangkutan awam di Malaysia pada tahun 2016, berbanding 74 peratus tahun sebelumnya. Bukti kejayaan transformasi dan gerakan proaktif pihak SPAD bersama agensi-agensi terlibat tidak boleh dinafikan.

Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan berada dilandasan betul dalam merancang dan melaksanakan inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara.

Rekod penyampaian projek pengangkutan awam The Greater Kuala Lumpur/Klang Valley yang tepat pada masanya baru-baru ini membuktikan proses rancangan masa depan kini berjalan lancar.

Dalam perkembangan sama, SPAD akan melancarkan Perancang Perjalanan dalam suku keempat tahun ini dan melaksanakan sistem tiket bersepadu menjelang 2019 bagi menarik lebih ramai pengguna dengan menjadikan transit kurang mengalami gangguan.

No comments:

Post a Comment