AdSense

Friday, October 13, 2017

RAFIZI BANKRAP, BUKAN FELDA


Felda tidak akan bankrap

Pakatan dan Rafizi Ramli mahu rakyat percaya yang Felda akan bankrap.


Mereka kelirukan rakyat dengan maklumat palsu terutama isu penjualan aset hartanah Felda di dalam dan luar negara.

Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata penjualan Pangsapuri Servis Grand Plaza di London adalah inisiatif penyusunan semula aset-aset dan langkah penstrukturan untuk kukuhkan kewangan Felda.

Beliau juga berkata kedudukan kewangan Felda adalah jauh dari status bankrap seperti yang Rafizi dakwa.

Jumlah liabiliti pada 2015 adalah RM11.5billion tetapi nilai asset adalah dua kali lebih tinggi iaitu RM28.2 billion.

Rakyat perlu ingat pembelian Grand Plaza tidak menggunakan dana rakyat seperti yang didakwa Pakatan. Hotel itu dibeli menerusi hasil penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd pada 2012, menggunakan dana dalaman Felda.

Begitulah Pakatan.

Hari-hari mereka “spin” isu Felda untuk menunjukkan Felda telah gagal menaikkan taraf hidup peneroka dan keluarga mereka. Tujuannya hanya satu iaitu menghasut peneroka Felda yang selama menyokong UMNO dan BN.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment