AdSense

Tuesday, September 19, 2017

2019 : Stesen pengangkutan awam lebih sistematik


Mudah dan menyenangkan. Lebih tepat, dapat melancarkan perjalanan ketika proses menaiki pengangkutan awam. Teringat 'suasana' di Tokyo. Masyarakat di negara maju itu berjalan cukup pantas. Seakan-akan berlari! Inilah inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sistem pengangkutan awam yang serba pantas, efisen dan sistematik.

Sedia maklum, Malaysia hari ini bukanlah Malaysia yang 30 tahun dahulu. Negara ini sedang mengorak langkah sebagai sebuah negara maju dan serba canggih.

Menyentuh tentang pengangkutan awam, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat penggunanya.

Bukan saja soal enjin atau logistik bahkan sistem membeli tiket juga di 'upgrade' mengikut peredaran semasa.

Macam dulu zaman bas mini, ada tukang jual tiket. Bagi duit, tiket diberikan dan ditebuk lubang pada tiket sebagai tanda atau bukti pembayaran.

Masa ke masa, sistem itu berubah kepada  tabung atau mesin tambang. Masukkan duit tambang mengikut kadar yang ditentukan.

Tidak lama lagi, keadaan ini akan berubah lebih maju serta berteknologi. Tiada lagi tabung duit atau token sebaliknya hanya sentuhan kad Touch n Go. Lebih cepat dan bersistematik.

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri pada hari semalam 18 September, semua sistem pengangkutan awam di Malaysia akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch 'n Go menjelang tahun 2019.

Untuk makluman, ketika ini sistem tersebut hanya dilaksanakan untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) sahaja.

Tidak semua pembekal pengangkutan awam bersedia dengan sistem tersebut. Jadi dijangkakan semuanya akan bersedia menjelang tahun 2019.

Ketika ini juga, hanya perkhidmatan KTM Komuter saja yang berbeza sistem. Lantas itu pihak pengendali KTMB diminta bekerjasama dengan pihak Prasarana bagi tujuan merealisasikan perancangan. 

Jelas Nancy, penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam termasuk bas.

Ia akan mengambil masa untuk menyelaraskan penggunaan sistem tersebut kerana difahamkan, kos pemasangannya agak tinggi dengan keperluan teknologi yang lain seperti sistem pengesanan global (GPS).

Biarpun ada cabaran namun setidak-tidaknya wujud inisiatif dalam usaha mentransformasikan sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Ada masa dua tahun lagi sebelum kita dapat melihat wajah baharu di stesen pengangkutan awam. Sistem sepantas Tokyo.


Foto Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP), 18 September 2017. Ihsan Agenda Daily







No comments:

Post a Comment