AdSense

Tuesday, September 19, 2017

RM100 bilion hilang - Liciknya Perdana Menteri?


Dulu setiap hari Rabu akan ada mesyuarat kabinet. Apa saja berkaitan negara, samada perkara rasmi mahupun tidak rasmi akan dibincangkan.


Tetapi kabinet pada ketika itu langsung tidak membincangkan tentang skandal bank negara. Inilah yang berlaku pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengejutkan, Menteri Kabinet pada ketika baru tahu mengenai jumlah sebenar wang rakyat yang hilang. Selepas 20 tahun, baru kebenaran ini wujud. RM32 bilion hilang begitu saja! Kalau ikut nilai pada hari ini, RM32 bilion itu bersamaan dengan RM100 bilion!

Demikian luah Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam program BICARA MINDA & SESI DIALOG BERSAMA - PERJUANGAN FOR ALL di dalam parlimen Wangsa Maju pada 10 September 2017.

Mengikuti perkembangan semasa, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar 1990-an ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid, bahawa bank pusat kerugian lebih AS$10 bilion pada awal 1990-an dalam perdagangan mata wang asing.

Terbaharu, semalam 18 September 2017, Mahathir yang berusia lebih 90 tahun mengatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai jumlah kerugian tersebut.

Maknanya, memang benar berlakunya kerugian atau lebih tepat, skandal wang negara terbesar dalam sejarah,  BENAR-BENAR WUJUD dan BUKAN CERITA DONGENG!

Kata Mahathir yang kini merupakan bos parti PPBM yang bertujuan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau hanya mengetahui mengenai jumlah kerugian urus niaga mata wang asing ketika ia dibentangkan di Parlimen oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan.

Sekali lagi Mahathir ter 'checkmate' diri sendiri. Kalau Anwar sudah bentang, kenapa masih berpeluk tubuh pada ketika itu? Di mana tindakan kerajaan yang diketuai beliau pada ketika itu?

Tiada tindakan seolah-olah menunjukkan skandal itu 'direstui'.


Sedia maklum, Mahathir adalah seorang yang suka membaca dan menulis. Apakah beliau juga tidak tahu tentang kewujudan buku bertajuk 'The BMF Scandal (1984) dan 'BMF - The Scandal of Scandals' (1986) tulisan pemimpin diktator DAP Lim Kit Siang yang kini rakan 'sebiliknya'?



Mahathir seperti takut pada bayang-bayang sendiri. Tambahan pula ada laporan dipaparkan secara online. Generasi muda yang mesra internet mula membuat carian sendiri, mencari kebenaran dengan cara mereka.

9 laman laporan oleh CIA diperolehi :

https://www.cia.gov/library/readingroom/docs/CIA-RDP85T01058R000101050001-9.pdf

Laporan pihak penyiasat antarabangsa, video dan terkini prosiding mahkamah. Bagaimanakah Mahathir mahu berdepan dengan generasi muda yang ingin mendapatkan kebenaran bagi pihak generasi terdahulu? Generasi terdahulu yang dipegang kepala menonton media yang dikawal Mahathir. Generasi terdahulu yang ditawan mindanya oleh kuasa diktator.

Atau ikut kata kumpulan pembangkang... Biarkan saja. The past is past. Biarlah 100 bilion wang rakyat itu hilang. Bukan rezeki kita. Maafkan Mahathir.

???


1 comment:

  1. Dulu selamatkan Anwar kerena kes liwat. Sekarang selamatkan Madey dari sindrom Mudah lupa.

    ReplyDelete