AdSense

Wednesday, September 20, 2017

5 SOALAN UNTUK RAFIZI


Telah lebih setahun INVOKE ditubuhkan oleh YB Rafizi Ramli. Dan kini dengan penuh bangga beliau sedang meraikan ulang tahun pertama. Tahniah YB dan selamat hari ulang tahun INVOKE.
Terdapat banyak persoalan dilontarkan mengenai dana RM2.7 juta yang diterima dan dibelanjakan oleh Invoke. Persoalan ini juga turut dibangkitkan oleh pemimpin dan ahli-ahli PKR. Di mana mereka pernah mengatakan bahawa Rafizi telah mengutip dana jutaan ringgit.


Walaupun Rafizi dilihat seolah-olah telah menjawab persoalan yang dibangkitkan, namun pada hakikatnya beliau masih tidak menjawab secara terang. Pada masa yang sama beliau cuba mengalihkan isu ke sana sini. Antaranya persoalan yang belum terjawab adalah:

1. Butiran lengkap mengenai derma orang ramai sebanyak RM857 ribu. Siapa yang menderma? Waktu bila? Di mana?

2. Butiran kutipan langganan perkhidmatan sukarelawan sebanyak RM1.063 juta. Siapakah sukarelawan ini, berapa ramai yang melanggan perkhidmatan ini?

3. Bukti bahawa beliau telah melaburkan duit ASB dan Tabung Haji nya kedalam INVOKE sebagai modal. Tidak pernah ditunjukkan sebarang bukti pengeluaran dan kemasukan wang.

4. Sewa pejabat INVOKE berbelas buah di seluruh negara. Benarkah itu ? Bukankah pejabat-pejabat INVOKE banyak beroperasi di pejabat cabang Parti Keadilan Rakyat?

5. Bayaran gaji 80 orang kakitangan sepenuh masa INVOKE (purata gaji mereka adalah RM1100 sebulan). Apakah bukti mereka ini menerima gaji dari Invoke seperti pendaftaran/pemotongan EPF dan Socso? Tidak pernah pun ditunjukkan oleh Rafizi sebagaimana selama ini beliau sering mengaku beliau seorang yang telus

Apa yang kelakar, Rafizi selalu membangkitkan soal pekerja yang dibayar gaji rendah dan terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. Tetapi Rafizi sendiri membayar gaji yang rendah kepada pekerja Invoke. Lebih malang jika antara mereka ada graduan universiti tetapi dibayar gaji pekerja buruh.

Sebenarnya, banyak lagi persoalan yang saya akan bangkitkan. Tetapi saya beri peluang kepada Rafizi untuk jawab dengan terang dan jelas dahulu mengenai 5 perkara di atas. Saya menjangkakan Rafizi akan mengeluarkan jawapan bersifat ‘politik’ untuk mengalihkan isu.

Saya mencabar Rafizi untuk tidak berbuat demikian dan berikan jawapan yang jelas. Sesuai dengan ‘ketelusan’ yang beliau laung-laungkan selama ini.

rizalmansor

1 comment:

  1. Kelakar badut ni! Rakyat juga nak tahu apa kesudahan isu 90 juta tempoh hari? Apa conclusion dia?

    ReplyDelete