AdSense

Wednesday, August 30, 2017

unfriend FB - Cara DAP ajar atau bukti demokrasi mati?


Memang pemimpin pembangkang seperti DAP ni tidak matang dalam berpolitik. Ala-ala kuku besi, semua orang kena dengar cakap dia seorang. Tidak ada istilah demokrasi atau kebebasan pendapat. Paling teruk, mereka selalunya beremosi dalam banyak perkara.

Sehari dua ini kecoh pasal pergaduhan ahli-ahli parti ini dalam puak Pakatan Harapan. Masing-masing membincangkan pasal PAS. Parti yang diludah dikahak dengan hebat selepas mereka berjaya menang pilihanraya di beberapa kawasan.


Undi Melayu berjaya dimiliki dengan adanya PAS. Selepas ditendang keluar daripada gabungan Pakatan Pro DAP, mereka merasakan perlunya ada PAS.

PPBM atau parti cap bunga milik Mahathir dilihat tidak mampu membuat kerja-kerja PAS biarpun Mahathir merelakan diri sebagai alat DAP. Kata-kata Kit Siang dan DAP rasis pada tahun 2013 di Shah Alam suatu ketika dahulu dijilat semula tanpa meninggalkan sedikitpun kesan. Licin dijilat!

PKR dan PAN lagilah.... Ditolak mentah-mentah oleh kebanyakkan orang Melayu khususnya di luar bandar.

Sebab itu, PAS cuba ditarik masuk semula dalam gabungan Pakatan Pro DAP. Mungkin setelah melihat PAS semakin rapat dengan UMNO... Maka wujud sedikit perasaan gentar. Walhal hubungan PAS-UMNO sekadar demi ummah. Tiada kerjasama politik diperkatakan kedua-dua parti.

Untuk makluman, DAP ini sebenarnya bukan mahukan pemerintahan semata-mata  tetapi impikan kekuasaan. Mereka tidak kisah siapa memerintah asalkan orang itu adalah boneka mereka. Boleh diatur dan diarah.

Ingat mereka senang-senang boleh lupa apa yang dibuat oleh Mahathir kepada mereka sebelum ini? Boleh kata majoriti pemimpin DAP pernah kena ISA.

Ingat pemimpin DAP boleh maafkan apa yang pernah diperkatakan Hadi Awang kepada mereka saat PAS-DAP berantakan selepas PRU13? Jangan fikir DAP tiada agenda. Mereka sebenarnya sudah merangka strategi politik yang cukup licik.

Mereka sedang mencari boneka... Senarai nama yang ada sedang bekerja dalam tempoh percubaan. Nanti mereka (DAP) sendiri yang akan putuskan, siapa boneka mereka... Anwar, Mahathir, Hadi atau senarai nama seterusnya?

Berbalik kepada cara pemimpin DAP yang beremosi dan tidak mempraktikkan demokrasi, penulis sebenarnya memperkatakan tentang ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow. Sebut saja pemimpin DAP, kita semua tahu mereka ini ialah anak murid Kit Siang. Pemimpin diktator selama 51 tahun. Siapa yang cuba lawan, akan diajar secukup-cukupnya.

Ong cuba mengajar sekutunya selepas 'unfriend' dengan pemimpin PKR - Tian Chua (penggigit telinga orang) dan Shamsul Iskandar Md Akin (Sam Ketot). Ini adalah 'hint' daripada pemimpinnpaling berkuasa dalam Pakatan Harapan - DAP.

Padahal masing-masing berada dalam satu atap - Pakatan Harapan. Dalam masa sama ini sudah cukup untuk memberitahu kita bahawa pemimpin Pakatan Harapan ini sedang berpecah belah.

Semuanya dihujung jari. Bercanggah pendapat, unfriend dan block. Macam PKR pula, hendak pecat atau gantung ahli, cukup dengan menghantar surat menerusi aplikasi Whats App. Mudah saja cara diktator ini bukan... Yang merasa ditindas, dizalimi sudah tentu ahli parti sendiri.

Tidak seperti dalam UMNO dan Barisan Nasional. Setiap percanggahan pendapat akan dibincangkan sebaik mungkin. Ada jawatankuasa disiplin atau tatatertib jika melibatkan permasalahan ahli. Ada jawatankuasa untuk membincangkan dan menyelesaikannya. Ini baru kaedah yang betul dan memelihara hak setiap orang.

Kalau dalam pentadbiran dalam organisasi pun puak Pakatan Harapan sudah gagal, bagaimana mahu mentadbir sebuah negara yang jauh lebih besar cabarannya?

Jadi, usah cakap banyak. Inilah buktinya, inilah realitinya. Ayuh terus menyokong Barisan Nasional iaitu #BarisanProRakyat dan tinggalkan #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment