AdSense

Wednesday, August 30, 2017

"Pemimpin untuk agenda sempit mereka harus ditolak"


Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawataan sebagai Perdana Menteri Malaysia susulan pilihan raya umum 2008, sebagai seorang berjiwa besar tanpa meletakkan kepentingan peribadi mendahului segalanya, beliau tetap setia kepada parti keramat, UMNO.


Negarawan ini menegaskan ahli-ahli UMNO tidak harus tunduk kepada tekanan mana-mana individu di dalam atau luar parti yang mahu menjatuhkan pemimpin untuk kepentingan diri.

Pak Lah tekankan akar umbi UMNO harus bersatu dengan pemimpin. Inilah kekuatan terbesar UMNO dalam menghadapi apa jua cabaran.

Pihak yang cuba menjatuhkan pemimpin untuk agenda sempit mereka harus ditolak.

UMNO masih amat relevan untuk memelihara keunggulan dan perpaduan kaum Melayu serta menjamin keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia.

UMNO harus memperkasakan diri. UMNO yang kuat adalah penting lebih-lebih lagi ketika beberapa parti lain seperti MCA, MIC dan Gerakan membina semula kekuatan mereka untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14.

1 comment: