AdSense

Wednesday, August 30, 2017

Penumpang bas dibelasah sebab lapor pemandu tidur, patut dihukum berat!


Apa sudah jadi? Hanya kerana ada orang mengadu pasal kesilapan diri, maka dibalasnya dengan kekerasan!

Inilah yang berlaku kepada seorang penumpang bas ekspres pada 27 Ogos baru-baru ini. Beliau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru itu membuat laporan terhadap pemandu bas yang tertidur di dalam bas.


Pengadu tersebut bagaimanapun dipukul oleh pemandu terbabit.


Apa salah pengadu? Sepatutnya pemandu bas Ekspress Senibudaya (M) Sdn Bhd itu berterima kasih kepada pengadu kerana membuat laporan.

Setidak-tidaknya pihak pengendali bas dapat mengkaji semula jadual kerja para pemandu atau mencari pemandu tambahan sebagai sokongan pemandu sedia ada.

Takkan bila sudah berlakunya kemalangan atau kematian baru nak berterima kasih kepada pengadu?


Kejadian tersebut pastinya mendapat respon pantas daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dalam kenyataannya semalam, SPAD berasa kesal dengan kejadian tersebut yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

Dalam masa sama, SPAD juga telah memanggil pengendali bas tersebut seterusnya merakamkan kenyataan secara rasmi.

Untuk makluman, SPAD akan mengenakan tindakan perundangan terhadap pemandu terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengendali termasuk tindakan undang-undang.
Pengendali boleh didenda sehingga RM500,000 dan/atau penjara sehingga 2 tahun dan/atau tindakan pentadbiran yang mungkin melibatkan penggantungan atau pembatalan lesen.

Inillah tindakan proaktif dan tegas yang dilakukan pihak SPAD. Sedia maklum, SPAD begitu bersungguh-sungguh dan serius ketika menyentuh soal kebajikan dan keselamatan penumpang serta pengguna jalanraya yang lain.

Difahamkan, pemandu tersebut telahpun digantung tugas. Mudah-mudahan ia dapat memberi pengajaran kepada pemandu tersebut dan iktibar buat pemandu-pemandu yang lain.

#SPAD #SuruhanjayaPengangkutanAwamDarat

*Gambar sekadar hiasan. Sumber Google.

1 comment:

  1. Sepatutnya lebih ramai pengguna jalan raya membuat laporan kepada SPAD bila nampak kesalahan pemandu2 bas/lori yg memandu dalam keadaan yg membahayakan!

    Jangan biarkan pemandu2 kenderaan berat yg memandu macam PUKIMAK bermaharajalela di jalanraya. Nak tunggu berapa ramai lagi yg terkorban????

    Nah, simpan nombor hotline SPAD yg tertera di elakang setiap kenderaan berat.

    1 800 887 723

    ReplyDelete