AdSense

Tuesday, August 29, 2017

Orang ramai teruja lihat lukisan mural kenegaraan


Tanah Melayu kemudian dikenali Malaysia... Sebuah negara yang sama, iaitu didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain keturunan ada di bumi Malaysia.


Masing-masing hidup dalam suasana aman dan harmoni. Suasana yang sehingga kini menjadi tanda tanya kebanyakkan negara luar. Mereka yang hidup berasaskan satu atau dua kaum tetapi berpecah belah, bagaimana Malaysia boleh aman dan damai?

Inilah rahsia Malaysia... Semangat perpaduan dan kebersamaan itu cukup tinggi. Cuma, agenda politik sesetengah pihak pula yang dilihat cuba menjadi api perpecahan.

Bagi MCA, politik perpecahan sedemikian tidak wajar dipraktikkan dalam negara yang bersatu-padu ini.

Ramai yang sedia maklum, parti mana yang bergerak sebagai api perpecahan dalam Malaysia.

Seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam pada tahun 2013 lalu, Lim Kit Siang adalah seorang rasis dan DAP adalah parti yang berasaskan perkaumanan.

"Hari ini (1 Mei 2013), saya nak sebut dengan suara selantang mungkin bahawa Kit Siang adalah seorang rasis. 

"Kali ini (PRU13) dia pergi ke Gelang Patah kerana di sana majoriti pengundi terdiri daripada orang Cina. Dia bergantung kepada perkauman. Dia akan hasut supaya orang Cina benci orang Melayu. Inilah Kit Siang."

Apakah kita mahu menyokong budaya perkauman dan perpecahan seperti ini? Sampai bila? Sampai negara hancur baharu nak tersedar? Cukuplah, hentikanlah budaya tidak sihat seperti ini.

Kalau orang Cina cintakan perpaduan dan keharmonian, MCA adalah pilihan yang lebih tepat.

Ini sudah terbukti sejak parti-parti komponen berada di bawah satu payung iaitu Barisan Nasional. Perpaduan parti-parti komponen Barisan Nasional ini umpama negara kita Malaysia. Tiada lagi parti yang relevan untuk memerintah negara selain daripada Barisan Nasional.

Jom layan video mengenai Patriotic Palm Print Mural ini...

Untuk makluman, mural ini memaparkan kejayaan negara sejak pemerintahan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak. Anda boleh melihat mural sepanjang 560 meter ini berada di sekitar Jalan Genting Klang.



No comments:

Post a Comment