AdSense

Saturday, August 26, 2017

Forex : Makin hampir DAP checkmate Mahathir


Baru-baru ni ada seorang kenalan penulis bertanya, kenapa isu Memali, Forex dan lain-lain perkara melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir boleh kembali timbul? Kenapa sekarang, kenapa tidak dulu?

Jawapan penulis mudah, dulu ada ISA. Ramai yang takut untuk bersuara. Sedangkan wartawan yang 'salah tulis' pun boleh dikenakan tindakan tegas...


22 tahun memerintah, lepas pencen masih lagi sibuk main politik semata-mata mahu memenuhi nafsu kuasa. Macam mana orang tak meluat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir?

Walaupun sekarang sudah bersama blok pembangkang, ini tidak bermakna segala 'dosa lampau' nya terhapus begitu saja. Hapus tanpa hukuman? Mana mungkin. Lambat atau cepat, pasti ada hukumannya... Biarpun hanya 'luka kecil' bagi Anwar Ibrahim, tetapi luka tetap luka, luka yang masih berparut sampai hari ini.

Isu Forex misalnya, pemimpin DAP Lim Kit Siang telah membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat pada tahun 1994, setahun selepas Bank Negara mengalami kerugian besar.

Menceritakan perkara ini, otai politik yang berpengalaman luas Tan Sri Annuar Musa mengatakan, Kabinet pada ketika itu langsung tidak diberitahu kedudukan sebenar apa yang berlaku.

Untuk makluman pembaca, Annuar berada di dalam kabinet semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. Beliau merupakan Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1990 hingga 1993. Pada tahun 1993 - 1999, beliau adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Walaupun berada di dalam kabinet, isu berkaitan Forex langsung tidak disentuh atau dijelaskan (brief) oleh Mahathir dan timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan. Ia bagaimanapun dibincangkan di luar pengetahuan kabinet.

Tambah Annuar yang kini merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Kit Siang pernah mendesak Parlimen pada tahun 2006 supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat diwujudkan seterusnya merungkai kerugian tersebut.

Kali ini, angka kerugian lebih terperinci didedahkan... Gambaran jumlah kerugian daripada forex dikatakan mencecah separuh daripada rezab negara yang ketika itu keseluruhannya berjumlah sebanyak RM60 bilion.

Sementara prosiding RCI forex yang ketika ini sedang berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya mendapati kerugian yang dialami Bank Negara dalam isu forex ialah sebanyak RM31.5 bilion.

Jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu, lebih RM30 bilion adalah kerugian sebenar. Maknanya, ia rugi kekal. Negara tidak akan dapat balik sampai bila-bila. Ia hilang buat selama-lamanya!

Tak sama dengan 1MDB. Kerugian 1MDB pada atas kertas tapi perniagaannya masih berjalan dan masih mampu memperoleh keuntungan serta melakukan rasionalisasi bagi mengatasi kerugian yang dihadapi.

Pihak pembangkang spin isu 1MDB kononnya rakyat kena tanggung kerugian.

Jauh beza dengan isu forex ini. Sekali lagi ditegaskan, kerugian yang dialami oleh kerajaan dalam pelaburan forex trading ini merupakan kerugian sebenar dan secara total! Tahukah anda bahawa kerugian ini mencatat rekod dunia kerana melibatkan angka besar, separuh rezab negara hilang! Adakah salah jika kita mahu menuntut kebenaran?

Oh ya, sebelum terlupa. Tahukah berapa rezab negara kita sekarang dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Lebih RM400 bilion!

Berbalik kepada tajuk di atas, DAP checkmate Mahathir. Tapi bila? Sebelum atau selepas PRU14? Bagi penulis, DAP akan melakukanya selepas PRU14. Selepas Mahathir berjaya meraih undi Melayu untuk diberikan kepada DAP. Selepas menang, DAP pasti checkmate Mahathir dengan zalim sepertimana yang pernah dilakukan semasa pemerintahan diktator 22 tahun.

No comments:

Post a Comment