AdSense

Friday, August 25, 2017

#sayangMRTKu - Kempen hargai pengguna MRT, atasi gejala vandalisme


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ini sedang menjalankan kempen #sayangMRTKu bagi meraikan pengguna MRT dan menggalakkan orang ramai supaya menghargai kemudahan awam.


Ia sekaligus memastikan budaya vandalisme dapat dibendung dan diatasi dengan baik. Iyalah, sejak MRT mula beroperasi, kita sudah dapat melihat gejala vandalisme yang tidak sepatutnya berlaku dalam era masyarakat moden hari ini.

Selain memberi imej buruk kepada pelancong, perbuatan vandalisme juga menyebabkan pembaziran kos bagi tujuan baikpulih.

Untuk makluman, kempen ini dijalankan selama enam (6) minggu bermula 21 Ogos sehingga 1 Oktober ini. Tema akan mengikut minggu. Di bawah merupakan tema-tema berserta tawaran hadiah buat anda semua.


Jom! Sertai kempen #sayangMRTKu dengan merakamkan gambar-gambar menarik!

No comments:

Post a Comment