AdSense

Saturday, August 26, 2017

#ThumbsUp4MY - MCA semai perpaduan, bukan macam DAP


Pejam celik pejam celik, sudah masuk tahun ke 60 negara mencapai kemerdekaan. Namun jika diamati, masih wujud dan berlaku isu-isu perpecahan dalam kalangan masyarakat kita.

Ketepikan soal parti politik yang sudah berpecah kepada pelbagai jenis parti. Mari kita fokus pada isu masyarakat itu sendiri.


Ya, kita bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni sejak 60 tahun lepas. Tetapi suasana seperti ini mana mungkin dapat dinikmati jika tiada perpaduan di dalam diri masyarakat.

Sebab itu kita patut mempertahankan kemerdekaan hari ini demi masa depan generasi akan datang. Lebih-lebih lagi, wujud segelintir kumpulan yang sering menjadikan sentimen perkauman bagi kepentingan tertentu.

Seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, antara individu yang rasis di Malaysia ini ialah Lim Kit Siang, bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Manakala DAP pula merupakan parti rasis.

Tatkala wujud pemimpin dan parti politik yang rasis, namun masih ada yang sentiasa menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat seperti MCA.

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017, MCA telah melancarkan satu kempen perpaduan iaitu ThumbsUp4MY ( Thumbs Up for Malaysia). Ini merupakan salah satu program aktiviti MCA sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara. Program inisiatif Naib Presiden MCA Chua Tee Yong itu dirasmikan oleh Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 11 Ogos lalu.

Inilah yang diharapkan masyarakat, program yang menyemai perpaduan, keharmonian dan keamanan perlu dirancakkan. Bukannya kebencian dan perpecahan yang merugikan masyarakat pelbagai kaum dalam negara.

Bagi penulis, masyarakat sewajarnya memandang serius tentang perkara ini terutamanya jika menyentuh soal pemimpin dan parti pemerintah. Mana yang lebih baik, mereka yang menyemai perpaduan dan kesejahteraan atau menyuntik racun perpecahan?

#Negaraku #ThumbsUp4MY #1MalaysiaNegaraku #Merdeka60 #NegarakuSehatiSejiwa

No comments:

Post a Comment