AdSense

Wednesday, August 23, 2017

Akhaffu Dhararain' – GST lebih baik berbanding SST


Dah 2 tahun, puak pembangkang tak putus asa politikkan GST

Masih ada yang mempersoalkan pasal GST... Padahal ianya sudah dua tahun dilaksanakan... Nampak sangat puak pembangkang sengaja membangkit serta mengelirukan masyarakat dengan menggunakan isu GST ini.

Di sini, penulis menyiarkan semula tulisan sebuah portal Minda Aktif mengenai tajuk GST...


KUALA LUMPUR 20 Mac – Kerajaan dilihat membuat keputusan tepat apabila menggunapakai kaedah 'Akhaffu Dhararain' (apabila manusia berhadapan dengan dua kemudaratan, kita memilih kemudaratan yang paling ringan dan minimum kesannya) dalam memilih sistem percukaian.

Menurut Imam Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifatkan lebih ringan berbanding sistem yang kita pakai hari ini iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

"Kita dilarang untuk mengenakan cukai melainkan bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat seperti membangunkan bidang pendidikan, membina hospital dan sebagainya.

"Sejak merdeka, SST dilaksanakan dan ia mempunyai beberapa keburukan antaranya cukai yang berganda. Sementara GST pula adalah cukai yang tidak berganda, tetap dengan 6% apabila sampai ke pengguna," beliau berkata demikian ketika dihubungi mindaktif.net hari ini.

Jelas Shamsul, kaedah 'Akhaffu Dhararain' ini adalah konsep yang disepakati oleh para ulama fiqah.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan kerajaan sedang berusaha untuk penambahbaikan sistem percukaian demi memberi keadilan kepada rakyat.

"Di dalam Al-Quran juga ada menyebut yang membawa maksud 'Jika kamu perintah, perintahlah dengan adil'.

"Apa yang dikhuatirkan, wujudnya segelintir peniaga dan beberapa pihak berniat jahat mengambil kesempatan berhubung perkara ini. Kita bimbang mereka (peniaga) akan mengenakan cukai berlebihan (SST). Namun kita yakin pihak penguasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memainkan peranan dengan menjalankan pemantauan," ujar beliau.

GST akan dilaksanakan bermula 1 April ini dengan kadar 6%. GST juga merupakan satu sistem percukaian yang adil kerana ia mengagihkan beban percukaian dalam kalangan kelompok penduduk secara lebih meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan jenis dan kuantum cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakannya.

Selain menjana pembangunan negara, ia juga dilihat sebagai sistem cukai yang lebih telus.

Oleh : ALIF MUSTAPHA 

No comments:

Post a Comment