AdSense

Wednesday, August 23, 2017

KEKAL : Rafizi kena penjara 18 bulan.


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang didapati bersalah mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan pada 14 Nov 2016.

Azman bagaimanapun melepaskan dan membebaskan Mohd Rafizi, 40, daripada sabitan dan hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dalam penghakimannya hakim itu berkata, hukuman 18 bulan yang dijatuhkan tidak terlalu berat selepas mengambil kira hukuman minimum bagi kesalahan itu ialah kurang daripada satu tahun dan maksimum tujuh tahun. - BERNAMA

Adoi... Kenapa lah tak kena maksima 7 tahun? Mahkamah tidak telus? Mahkamah UMNO Barisan Nasional? Turun ke jalanraya? Baring atas jalanraya? Demonstrasi?

No comments:

Post a Comment