AdSense

Tuesday, August 22, 2017

Ini rupanya kerja DAP bila dapat perintah negeri...


"Bangkitlah rakyat Malaysia! Hapuskan rasuah! Hapuskan Barisan Nasional rasuah!"

Terngiang-ngiang saja kata-kata pemimpin DAP semasa kempen Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) dan PRU13 yang lalu.


Parti lawan iaitu BN dituduh mengamalkan rasuah dan mencuri duit rakyat. Kempen 'Ubah' dirancakkan ke seluruh negara. Ubah pentadbiran BN kepada DAP. Burung digunakan dengan perutnya ditampal logo DAP, bagi menggambarkan sebuah 'kebebasan'.

Setelah mendapat mandat dan menjadi pemerintah di Pulau Pinang, apa yang dilakukan mereka? Adakah perbuatan rasuah dihapuskan? Bagaimana pula dengan Selangor yang juga dimenangi DAP bersama Pakatan Rakyatnya?

Jawapannya tidak. Apa yang dituduh kepada BN sebelum ini sebaliknya terkena pada batang hidung sendiri. Siapa yang terbabit dalam kes rasuah di Pulau Pinang jika bukan Ketua Menterinya sendiri? Kekayaan luarbiasa AMK Ampang di Selangor, adakah pemimpin DAP ada membuka mulut?

Terbaharu, Exco Kerajaan Negeri DAP telahpun menyarung baju Lokap SPRM berwarna oren berhubung isu kilang haram. Sebuah kilang yang dikatakan kebal undang-undang. Sebuah kilang yang menyebabkan pencemaran udara sehingga penduduk setempat mendapat penyakit. Inikah maksud disebalik slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)? Atau ianya sekadar slogan mengaburi mata rakyat?

Ini rupanya kerja DAP bila dapat perintah sebuah negeri. Cakap tak serupa bikin. Ingatkan bersih dan telus sangat... Mengata orang dia yang lebih.

Bagi Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pemimpin DAP cukup gemar mencari kesalahan orang lain. Misalnya berlaku sesuatu yang menyebabkan rakyat marah, dengan mudah pemimpin DAP akan menuding jari kepada BN khususnya musuh ketat mereka, MCA. Dengan harapan, rakyat akan marah kepada BN. Senang saja kerja mereka bukan...

Ini rupanya kerja DAP... Hanya memburukkan parti lawan saja sehingga terlupa untuk berkhidmat untuk rakyat yang telah memberikan mandat kepada mereka semasa pilihanraya lalu.

Sebaliknya, MCA pula yang banyak membela nasib masyarakat khususnya kaum Cina. Sebab itu Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan DAP sebagai sebuah parti perosak yang tidak pandai mentadbir.

Sudah dua penggal DAP memerintah Pulau Pinang namun mereka dilihat gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik. Lagak mereka seolah-olah DAP adalah sebuah parti pembangkang pula. Apa yang dibina oleh BN sebelum ini di Pulau Pinang berjaya dirosakkan DAP sejak memegang tampuk pemerintahan.

DAP seharusnya sudah belajar untuk menjadi sebuah pemerintah. Mandat sudah diberikan oleh pengundi yang terpedaya dengan janji kalian semasa kempen pilihanraya. Jadi, jalankanlah tanggungjawab sebagai pemerintah dengan baik.

Bukannya bermain politik sepanjang masa. Berilah khidmat terbaik jika benar-benar mahu membela nasib rakyat. Jika kerajaan negeri pun masih gagal, bagaimana mahu memerintah Malaysia?

Jadi, masyarakat perlu memandang serius tentang perkara ini. Peluang sudah diberikan kepada mereka untuk menjadi pemerintah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain pada pilihanraya-pilihanraya lepas. Namun, laungan anti-rasuah dan segala jenis janji manifesto seperti yang ditaburkan pada kempen pilihanraya lalu hanyalah lakonan tagih sokongan.

DAP dan parti-parti dalam pakatan semuanya hanya pandai cakap tetapi tidak pandai mempraktikkannya. Cukuplah rakyat memberi mereka peluang untuk memerintah mana-mana negeri pada

PRU14 nanti. Bagi kaum Cina, parti komponen BN iaitu MCA adalah pilihan yang lebih baik dan tepat!

Ini bukan cakap kosong tetapi bersandarkan kepada fakta. Lihatlah bagaimana pemimpin MCA membantu masyarakat Cina khususnya mereka dalam kalangan berpendapat rendah dengan pelbagai program bermanfaat.

Pembangunan Kampung Cina misalnya, pemimpin MCA berjaya memberikan khabar gembira buat masyarakat Cina. Begitu juga dengan para usahawan kecil dan sederhana. Boleh kata, masyarakat Cina usah khuatir, parti MCA adalah sebuah parti yang cukup komited membantu dan membela nasib rakyat. Bukan macam DAP!

No comments:

Post a Comment