AdSense

Saturday, August 19, 2017

Seronok hentam musuh, Rafizi tak kisah fitnah?


Pada hari Khamis, 17 Ogos 2017 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ada menyiarkan tulisan panjang lebar mengenai penahanan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sedia maklum penahanan itu berhubung kes pembelian dua hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC) yang didakwa wujud penyelewengan.


Isa hadir ke pejabat SPRM pada 15 Ogos 2017, kira-kira jam 2.40 petang. Beliau ditahan SPRM pada jam 4.24 petang, hari yang sama. Secara tepatnya, penahanan ini bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung pembelian dua hotel tersebut sekitar tahun 2013 hingga 2015. Satu di Kensington, London dan satu lagi di Kuching, Sarawak.

Dalam masa dua hari, Rafizi muncul dengan tulisannya. Mungkin itu tempoh beliau melakukan research mengenai isu ini.


Sebelum itu.... 3 hari sebelum penahanan Isa, SPRM telah menahan exco DAP, Phee Boon Poh berhubung isu kilang haram sejak 10 tahun lepas. Kilang itu disifatkan 'kebal undang-undang'. Info menarik tentang kes ini, Boon Poh enggan melepaskan jawatannya sambil dikeremuni barisan peguam dan pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng dan bapanya yang diktator Lim Kit Siang.

Tapi sehingga hari ini, Rafizi mengunci mulutnya, mengikat jarinya daripada mengulas tentang kes tersebut. Begitu juga dengan kes membabitkan Guan Eng yang juga seorang Ketua Menteri Pulau Pinang.

AMK Ampang - Kes kekayaan luarbiasa. #AmpangDisneyland

Kata pejuang rakyat yang benci pada rasuah? Kenapa diam bila kena pada parti dan kawan sendiri? Adakah ada bayaran tertentu diberikan supaya tidak mengulas tentang kes-kes tersebut?

Berbalik semula kepada respon pantas Rafizi terhadap penahanan Isa.... Tulisan yang ada mengaitkan nama Perdana Menteri pastinya menarik minat pembaca untuk membacanya sehingga habis. Penulis tidak terkecuali membacanya dengan penuh teliti, satu persatu apa yang ditulisnya.

Walaupun panjang dan disertakan dengan beberapa pautan (menggambarkan beliau sudah menjalankan 'homework' atau 'research') namun ia tidak bermakna tulisannya tepat dan benar. Ini kerana, setelah diamati, wujud banyak persepsi berbaur fitnah dan tuduhan tidak berasas di dalam tulisan Naib Presiden PKR itu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu terpaksa memperuntukkan 2 hari untuk menulis tentang Isa dan pemimpin Barisan Nasional (BN). Namun sayang, tembakan beliau kelihatan tersasar jauh dan hanyalah bersifat persepsi semata-mata.

Istilah 'kambing hitam' cuba digambarkan bagi mengaitkan nama Perdana Menteri. Tiada bukti sokongan dilampirkan bagi mengesahkan tuduhan Rafizi. Tulisannya lebih kepada pandangan secara umum.

Rafizi membayangkan, seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak di dalam segala pentadbiran dalam negara. Kalau hendak mengarahkan seorang 'despatch' dari seluruh kementerian untuk menghantar surat ke pejabat pos juga perlu mendapat perkenan Perdana Menteri.

Rafizi cuba mengatakan, tidak perlu diwujudkan jawatan Menteri / Pengarah / Pengerusi atau ketua-ketua waima pembuat keputusan dalam sesuatu organisasi seperti Lembaga Pengarah di dalam pentadbiran sesebuah negara.

Cukup seorang Perdana Menteri untuk membangunkan sebuah negara, tidak perlu 'pemimpin kecil'.

Rafizi mungkin keliru kerana menganggap pentadbiran Malaysia dibawah pemerintahan BN ini sama seperti parti dan sekutunya :

PKR - Wujud hanya untuk seorang pemimpin iaitu Anwar Ibrahim.
DAP - Perjuangan untuk keluarga Lim.
PPBM - Untuk Mahathir dan keluarga.

Kesemua parti di bawah nama Pakatan Harapan ini bekerja untuk pemimpin masing-masing. Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Mahathir dikenali sebagai diktator untuk parti masing-masing.

Manakala semua parti yang bergabung ini pula hanya mengikut satu arahan iaitu DAP.

Sebab itu ia dikenali dengan nama Pakatan Pro DAP. Jika memerintah negara (minta dijauhkan), semua keputusan pasti akan ditentukan oleh DAP. Mereka ada menteri dan ketua-ketua yang lain tetapi ia hanya wujud atas kertas kerana kesemua daripadanya tidak mempunyai kuasa pun.

Inilah kekeliruan Rafizi. Tidak dapat membezakan BN dengan PH.

Bagi penulis, Rafizi sebenarnya sedang serabut memikirkan tentang masalah peribadinya. Banyak kalah saman kes fitnah. Terbaru, kena saman RM300,000 kerana fitnah NFC sehingga terpaksa meminta derma awam atas kesalahan diri sendiri. Bagi rakyat, sendiri buat sendiri tanggung. Inilah padahnya fitnah sehingga menggangu kehidupan diri sendiri.

Tulisan terbaru Rafizi ini juga berupaya membawanya ke pintu mahkamah apabila mengaitkan nama Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Untuk makluman, ketika Annuar dilantik menjadi Pengerusi MARA pada tahun 2013, semua aset yang disebut Rafizi tersebut sudahpun selesai dibeli.


"Saya menganggap kesilapan YB Rafizi itu sebagai sesuatu yang beliau tidak sengaja atau mempunyai maksud lain. Wajarlah beliau memperbetulkannya tanpa perlu perintah mahkamah kerana beliau sudah banyak kali tewas di mahkamah." Demikian tegas Annuar ketika menjawab tuduhan yang dilemparkan Rafizi.

Melihat kepada senario ini, penulis mengharapkan sistem perundangan kita lebih tegas dalam memberi pengajaran. Selain dikenakan denda, adalah lebih baik dipenjarakan untuk tempoh yang lama dan dikenakan sebatan bagi kesalahan fitnah.

Ya, fitnah ini sangat bahaya. Ia berupaya menghancurkan negara dan memecahbelahkan masyarakat. Sebab itu perbuatan fitnah disebut 'lebih teruk daripada membunuh'!

1 comment:

  1. Hukuman berat kpd penyebar fitnah perlu dikuatkuasakan secara mandatori jika sabit kesalahan.

    ReplyDelete