AdSense

Monday, July 10, 2017

Rafizi lemas, tarik pemandu teksi jadi penyelamat


Rafizi semakin lemas dan terkapai-kapai selepas kerap kantoi menipu rakyat. Fitnah cincin 24 juta, dividen Tabung Haji antara 'gurauan' beliau dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan pemerintah yang dipilih secara demokrasi hari ini.

Menyedari isu 1MDB, DOJ dan GST yang semakin ditolak serta tidak dipercayai rakyat, Rafizi dilihat cuba mendapatkan pemandu teksi yang totok pembangkang bagi meraih sokongan.


Pada 3 Julai 2017 baru-baru ini telah diadakan Kongres Himpunan Warga Teksi Malaysia bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Hadir sama ADUN Hulu Langat Dato Abdullah Sani dan Presiden PERJIWA Zailani Isausuluddin. (Entah dari mana datangnya PERJIWA ini. Macam baru ditubuhkan semalam saja.)


Sudah tentu orang yang paling diagungkan pentaksub pembangkang ialah Rafizi Ramli juga hadir. Walaupun sering kantoi menfitnah, Ahli Parlimen Pandan ini tetap dipuja pentaksub pembangkang. Barangkali ucapan dan cara beliau berucap itu sedap didengar. Iyalah, dewasa ini orang lebih suka mendengar kata-kata dusta dan negatif.

Di dalam kongres yang sebenarnya lebih kepada pentas politik itu, Rafizi membangkitkan persoalan yang sudahpun dijawab. Sebab itu penulis katakan ia sebagai pentas politik. Bukannya pentas untuk membela nasib pemandu teksi sepertimana yang dihebahkan portal berita pro-pembangkang.

Rafizi hanya mempergunakan pemandu teksi bagi memastikan karier politiknya relevan. Sanggup menjadikan pemandu teksi sebagai alat politik peribadi.

Mari kita lihat, apakah 'suara' Rafizi yang kononnya membela nasib pemandu teksi dan melawan perkhidmatan e-hailing seperti UBER/GRAB?

RUU e-hailing
Rafizi hanya mahu menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang untuk e-hailing di Dewan Rakyat. Nampak sangat ada udang di balik batu. Rafizi sepatutnya tidak tangguh tetapi desak ia diharamkan terus!

Sewa teksi
Pemandu UBER/GRAB menggunakan kenderaan mereka sendiri. Jadi mereka hanya membayar sewa bulanan kepada pihak bank atau pihak yang memberi mereka pimjaman kereta. Buat apa mereka hendak membayar sewa kepada pihak ketiga seperti Rafizi? Begitu juga dengan pemandu teksi. Adakah Rafizi mahu memberi teksi percuma kepada ribuan pemandu teksi seluruh negara?

Memetik tulisan sahabat penulis Lim Sian See, adakah NGO milik Rafizi INVOKE akan menyediakan teksi percuma? Mungkin Rafizi boleh menjanjikan bulan dan bintang namun tidak mampu mengotakannya.

Hakikat menyedari, Rafizi seolah-olah baru membaca isu ini... Jelas beliau tidak mengikuti isu teksi ini secara mendalam.

SPAD dijadikan platform suara industri teksi
Untuk makluman Rafizi, pemandu UBER/GRAB memang tidak dikenakan sewa harian kepada syarikat pengusaha tetapi mereka dikenakan komisen setinggi 23% - 30% bagi menjalankan perkhidmatan e-hailing. Sementara pemandu teksi pula tidak dikenakan bayaran tersebut kepada syarikat teksi.

Sebenarnya, pemandu teksi dibenarkan untuk memiliki kenderaan mereka sendiri sekaligus tidak perlu dikenakan sewa harian. Namun kebanyakkan mereka meninggalkan sistem teksi dan menjadikan perkhidmatan UBER/GRAB sebagai pilihan.

Rafizi juga mungkin sengaja buat-buat tak tahu bahawa kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah banyak kali berbincang dan turun ke lapangan menemui pemandu teksi seluruh negara. Forum, meja bulat semuanya diadakan. Rafizi saja yang tak berani hendak menyertainya kerana tahu kerajaan sudah melakukan perkara di landasan yang betul.

Transformasi Pengangkutan Awam misalnya, merupakan agenda utama kerajaan menambahbaik dan memperkasakan industri pengangkutan awam di Malaysia. Rafizi juga saja buat-buat tak tahu bahawa ratusan lesen permit individu telah diberikan kepada pemandu teksi. Ini belum lagi cerita tentang Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diluluskan kabinet. Baca di sini


Paling penting, aduan tentang permasalahan melibatkan industri teksi MENURUN bagi tempoh dua tahun lepas. Menurut rekod yang diperolehi, kira-kira 6000 aduan diterima pihak berwajib berkaitan perkhidmatan teksi pada tahun 2015.

Angka itu bagaimanapun menurun pada tahun berikutnya, 2016 apabila hanya menerima kira-kira 5000 aduan sahaja. Bukankah ini satu petanda yang baik? Sudah tentu baik bagi industri tetapi tidak bagi Rafizi dan kumpulan pembangkang.

Justeru itu, usaha Rafizi untuk memburukkan kerajaan sekali lagi gagal. Sementara masyarakat sudah tentu dapat mengelakkan diri daripada terpedaya dengan setiap butir perkataan hasutan yang keluar daripada seorang pemimpin yang sering kantoi menfitnah seperti Rafizi.

#TerimaFaktaTolakFitnah


*Banyak lagi artikel berkaitan teksi di Suara Lensa. 'Search' saja TEKSI.

No comments:

Post a Comment