AdSense

Saturday, July 8, 2017

Mahathir - Diktator yang terdesak


Ada yang terkejut, ada yang sudah boleh agak... Apa yang pasti, Mahathir secara jelas mengesahkan dirinya sebagai si Diktator yang terdesak. Sebelum ini beliau juga dikenali dengan nama Maha Firaun, Maha Zalim, Mr. Dictator dan Mr. U-Turn. Ini kerana sifatnya yang melakukan apa sahaja demi kuasa dan kepentingan peribadi.

Hari ini Mahathir yang berusia lebih 90 tahun (pangkat datuk / moyang bagi golongan Gen Y) kelihatan terdesak untuk meraih semula populariti dan sokongan sehingga terpaksa menjilat semula ludah sendiri.


Umum mengetahui beliau kini bagai cacing kepanasan apabila Kabinet memutuskan untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebenaran disebalik kerugian Bank Negara dalam kes forex.

Mahathir sedar bahawa beliau tidak lagi boleh lari daripada kes jenayah ini. Siapa lagi pemimpin pembangkang yang difikirkan mampu menyelamatkan Mahathir? Pemimpin DAP Lim Kit Siang juga terperangkap dengan isu ini.

Sejarah tidak boleh dipadam. Begitu juga dengan hansard Parlimen. Tindakan Kit Siang sebelum ini yang beriya-iya membawa isu forex ini ke Dewan Rakyat bagi mencari kebenaran juga tidak boleh dipadam. Bahkan beliau sendiri ada menulis buku mengenainya. Maka, Kit Siang bukanlah penyelamat Mahathir yang sesuai untuk isu forex. Satu isu yang besar iaitu kehilangan wang rakyat.

Lantas itu Mahathir cuba berpaut pada kaki Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan kenyataan MAHU ANWAR JADI PERDANA MENTERI sekiranya Pakatan Harapan menang pilihanraya ke 14 (PRU14) kelak.

Sedangkan suatu ketika dahulu era Mahathir menjadi Perdana Menteri, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri diludah dan dikahak dengan jayanya diiringi hilai tawa berdekah-dekah.

Bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia mengetahui bagaimana kejam dan rakusnya Mahathir dalam usaha mencantas karier politik Anwar pada ketika itu.

Anwar dan keluarga diperlakukan secara zalim semasa pemerintahan diktator Mahathir selama 22 tahun dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta yang hari ini sudahpun dimansuhkan sejak negara berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib juga sedar usaha terdesak Mahathir itu. Beliau dalam kenyataannya semalam mengatakan bahawa Mahathir hanya memperjuangkan kepentingan peribadi. Mahathir juga terlalu obses menyelamatkan empayar keluarganya sendiri dan mengangkat anak sendiri Mukhriz (boboi) sebagai Perdana Menteri.

Dalam masa sama Najib dengan nada lantang mengatakan Mahathir adalah seorang manusia yang tiada prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu serakah peribadi termasuk bersekongkol dengan insan yang pernah dipenjarakan (Anwar). Bahkan juga sanggup mengundang campur tangan asing ke dalam sebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia.

Apa yang pasti, Mahathir akan melakukan apa saja... Kerana beliau sedar dirinya semakin lemah. Begitu juga dengan parti miliknya bersama Boboi, PPBM yang boleh dikatakan 'bagai telur di hujung tanduk' - Tunggu masa untuk jatuh dan pecah berkecai.

Mahathir masih lagi dengan sikap ego dan angkuhnya apabila cuba menjadi boss dalam Pakatan Harapan. Walhal partinya PPBM hanya mempunyai satu kerusi sahaja sementara kerusi pembangkang yang lain majoritinya dimiliki DAP dan PKR.

Dulu ya Mahathir boss, tetapi bukan hari ini. Dulu beliau mungkin boleh mendesak mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi meletak jawatan kerana tidak mempromosi Boboi menduduki kerusi tertinggi dalam parti UMNO. Walaupun semua maklum pemilihan UMNO ditentukan berdasarkan prinsip demokrasi.

Biarlah Mahathir dengan nama Mr. U-Turn, Mr. Dictator dan Mr. Desparado. Biarlah beliau dengan usaha dan misi menyelamatkan empayar keluarganya. Biarlah beliau dengan nafsu serakah mengejar kekayaan dan kuasa. Diharapkan masyarakat dapat membuka mata dan hati seterusnya menolak budaya kotor sedemikian.

Teruskan menyokong kepimpinan Najib hari ini yang lebih baik. Janji Najib adalah menumpukan perhatian kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia. Yakinlah pada janji yang akan ditepati ini. Lihat saja janji-janji yang pernah dilafazkan sebelum ini semuanya ditunaikan. Bukan seperti pembangkang yang hanya pandai menabur janji manis tetapi gagal mengotakannya.

#MahathirUTurn #MahathirDesparado #MahathirDictator #MrDespadaroDictator #PakatanProDAP #BarisanProRakyat

1 comment:

  1. Silap tu bro , yang tertekan MO1....MO1 - adalah diktaktor yang terdesak.

    ReplyDelete