AdSense

Wednesday, July 12, 2017

MH17 : Pendakwaan buat di Belanda, Malaysia terus tuntut keadilan


Tragedi MH17 yang ditembak jatuh oleh pemberontak di Donestik, Timur Ukraine tiga tahun lalu, 17 Julai 2014, tidak pernah padam dalam memori setiap rakyat Malaysia, apatah lagi waris keluarga mangsa.


Begitu juga dengan pihak kerajaan Malaysia yang tidak pernah berputus asa dalam mencari serta menghukum dalang yang membunuh 298 penumpang dan anak kapal. 44 daripadanya adalah warga Malaysia.

Dalam kenyataan terbaharu, negara-negara Pasukan Siasatan Bersama (JIT) bersetuju agar pendakwaan peringkat kebangsaan terhadap mereka yang bertanggungjawab dilakukan di Belanda.

Pada 5 Julai 2017, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan, satu keputusan bersama dicapai oleh Malaysia bersama rakan-akan JIT, Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia berhubung pendakwaan sebagai proses berkesan bagi menjamin akauntabiliti yang mematuhi standard tertinggi antarabangsa.


Ini sejajar dengan komitmen Malaysia yang tidak berganjak untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan khususnya untuk keluarga dan orang-orang tersayang daripada penumpang dan kru penerbangan MH17.

Dalam perkembangan sama, Liow yang juga Presiden MCA mengatakan bahawa perbicaraan akan berlangsung dalam kerangka prosiding kehakiman jenayah Belanda.


Sistem perundangan Belanda juga menjamin hak yang besar kepada waris untuk menyertai prosiding.

Penulis difahamkan Liow akan berjumpa dengan waris mangsa pada hari esok (13 Julai 2017) di Hotel Marriot Putrajaya bagi memaklumkan perkembangan terkini berhubung siasatan.

Mudah-mudahan segala proses mengheret pesalah jenayah ini berjalan lancar dan dipermudahkan. Setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia sudah tentu bersatu padu dalam perkara yang menyedihkan ini. Walau apa pun yang berlaku, kesemua mangsa harus diberikan pembelaannya.

#MH17

Keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama kepimpinan kerajaan terhadap ahli keluarga mangsa nahas MH17. Foto : Galeri The Star

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bagi menghormati pemergian mangsa nahas MH17. Foto : Galeri The Star

No comments:

Post a Comment