AdSense

Monday, July 31, 2017

PH yang pecah, tuduh BN pula


Hari ini Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong terpaksa menggunakan masa yang lama untuk menulis artikel pada ruangan kolumnya di Malaysiakini.

Antara isi kandungannya bertujuan melaga-lagakan pemimpin UMNO dan MCA di Johor.


Pelik, Liew terpaksa menggunakan waktunya semata-mata mahu memberi gambaran tidak betul mengenai Barisan Nasional (BN).

Pemimpin DAP seperti biasa gagal berhujah bersandarkan kepada fakta. Mereka sekadar memainkan persepsi dangkal.

"Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"

Bagi penulis, tindakan Liew ini hanyalah mahu mengalihkan isu sebenar. Hakikat menyedari bahawa parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) sebenarnya sedang bergaduh sesama sendiri.

Masing-masing berebut jawatan tertinggi dan kerusi. Tiada istilah sepakat di dalam PH. Organisasinya juga berterabur. Di Pulau Pinang dengan cara Guan Eng, Selangor pula dengan cara Azmin bersama Pakatan Rakyat.

Pastinya Liew tidak akan menulis tentang perpecahan PH. Beliau lebih selesa mengalih isu perpecahan ini kepada BN.

Liew, akuilah bahawa kepimpinan BN yang ada hari ini sukar digugat. Anda hanya syok sendiri saja menulis di Malaysiakini kerana rakyat lebih percayakan realiti, bukannya cerita fantasi yang direka-reka.

Pimpinan DAP sebenarnya cemas dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang ada menyatakan sokongan masyarakat kepada BN bertambah kuat.

Selain itu, DAP juga cuba menuding jari kepada BN kononnya mengamalkan sentimen perkauman.

Siapa yang rasis jika bukan DAP? Kenyataan Pengerusi PPBM Mahathir masih terngiang-ngiang hari ini, DAP rasis, Lim Kit Siang rasis. Kenapa tidak persoal Mahathir yang kini menjadi sekutunya?


No comments:

Post a Comment