AdSense

Monday, July 31, 2017

"Ada yang tanya saya boleh terus berjuang ke sebab dahi luka." - Lim Kit Siang


Orang lama dalam politik pasti sudah dapat menghidu taktik murah Lim Kit Siang (bapa kepada Ketua Menteri Penang dan Setiausaha DAP Lim Guan Eng) ini.


Beliau akan mencari helah simpati bagi memastikan karier politiknya terus disebut-sebut.

Dulu berlakon menitiskan air mata sebab logo DAP tidak boleh dipertandingkan dalam pilihanraya. Padahal hendak menutup isu - pemilihan CEC tidak sah disisi undang-undang. Ramai perwakilan dinafikan hak daripada memilih 20 pemimpin tertinggi dalam parti.


Ada juga dakwaan yang kata wujud tangan ghaib. Tidak cukup dengan itu, pemimpin yang dapat kurang undi dapat pula diangkat pada kedudukan lebih tinggi berbanding pemimpin yang banyak undi.

Masih ingat, Guan Eng pernah dipenjara. Mereka kata Guan Eng sanggup dipenjarakan kononnya mempertahankan gadis Melayu. Sebenarnya beliau tidak membayar denda. Guna 'membela gadis Melayu' hanya propaganda mereka meraih sokongan terutamanya orang Melayu.

Dan orang Melayu sememangnya mudah tersentuh dengan air mata. Mampukah air mata dan luka di dahi Kit Siang menambah sokongan masyarakat kepada DAP?

Baca artikel di SINI
#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP

1 comment: