AdSense

Saturday, July 22, 2017

Kisah pakcik 61 tahun naik MRT


Hashim, 61 tahun berpegangan tangan bersama isterinya kelihatan menaiki gerabak MRTdari stesen Bandar Kajang. Barangkali mereka baru lepas menikmati satay Kajang.


Mereka kelihatan begitu teruja dan terus saja meluru ke gerabak paling hadapan. Hendak merasa seolah-olah tren itu dipandu olehnya.

Dalam masa sama, kelihatan beberapa anak muda sedang merakamkan perjalanan tren. Melihat aksi anak muda tersebut merakam menggunakan telefon pintar, Hashim atau lebih selesa dipanggil pakcik ini pantas mengeluarkan telefon androidnya.

Pakcik Hashim meminta anak muda tersebut untuk merakamkan perjalanan tren menggunakan telefon miliknya. Namun hanya sempat merakamkan kira-kira 5 minit sahaja kerana memori telefonnya yang kecil.

"Abang, bolehlah kita tunjuk pada cucu kita nanti."

Terdengar isteri pakcik Hashim berkata.


Melihat keterujaan warga emas ini, anak muda tadi lantas memulakan temubual mereka. Antara soalan yang sempat penulis curi-curi dengar, anak muda tersebut meminta pakcik Hashim berkongsi pengalamannya ketika menggunakan keretapi pada zaman dahulu  dan sekarang.

"Hish... Jauh beza nak... Sekarang perkhidmatan seperti MRT ini sangat bagus. Layanan pekerjanya juga sangat baik. Tadi masa pakcik nak beli tiket, kami tak tahu tapi ada pekerja mereka datang membantu. Tambangnya pula sangat murah. Sepatutnya tambang RM6 tetapi dapat diskaun 50% (sampai 31 Ogos 2017). Kami pula warga emas, dapat lagi diskaun. Pakcik hanya kena bayar RM1.50 saja dari Kajang - Sungai Buloh!

"Bayangkan kalau pakcik naik kereta. Dengan tol, minyak dan masa perjalanannya. Sebab itu pakcik kata MRT ini bagus.

Isterinya sempat juga mencelah...

"Keretapi dulu sangat bising. Makcik teringat dulu masa mengandungkan anak kedua kami. Pengalaman yang sangat sukar."


Satu lagi perbualan yang sempat penulis dengar ialah antara seorang bapa kepada anaknya.

"Syukur kita dah ada MRT, LRT, KLIA dan banyak lagi. Ini menunjukkan negara kita sudah maju."

Daripada pandangan kasar, keluarga kecil ini mungkin berasal dari luar Lembah Klang. Datang ke ibukota semata-mata mahu merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan MRT atau lebih sinonim dengan projek infra rakyat.

Bas pengantara


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan MRT SBK pada 17.7.2017 baru-baru ini menyebut bahawa ini adalah projek untuk rakyat.

Sementara bagi Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah, MRT kini menjadi penanda aras bagi semua perancangan masa depan pengangkutan awam yang mengambil kira keperluan kesalinghubungan serta peningkatan mutu kehidupan rakyat di Malaysia.

Kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara sejak enam tahun lepas bagi mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat, yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang harian kepada 1.1 juta hari ini.

Tahun 2016 menyaksikan rangkaian pengangkutan awam darat 'Greater KL/Lembah Klang' menerima pertambahan kapasiti ketara dengan wujudnya pembinaan sambungan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembukaan Fasa 1 MRT laluan Sungai Bulong-Kajang (SBK) - stesen Sungai Buloh - Semantan yang mula beroperasi pada Disember 2016.

Sedia maklum, antara pihak yang bertungkus-lumus menjayakan projek ini ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Kementerian Pengangkutan, Prasarana, Jabatan Kerja Raya (JKR) kontraktor dan banyak lagi.

Artikel dan gambar di SINI
Apa yang pasti, projek infra rakyat seperti ini sentiasa menjadi fokus pentadbiran kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional. Setiap yang mereka janjikan, pasti akan ditunaikan.

Mengenai MRT yang perlu anda tahu :


  • Terangkum dalam Program Transformasi Ekonomi
  • Mula dibina pada bulan Julai 2011
  • Kos RM21bilion (jimat RM2bilion daripada kos sasaran RM23bilion)
  • Laluan sepanjang 51 kilometer
  • 41.5 kilometer laluan bertingkat
  • 9.5km laluan bawah tanah (Muzium Negara, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange, Cochrane dan Maluri)
  • Terdapat sebanyak 31 stesen
  • 16 daripada stesen MRT ini akan dilengkapi dengan sistem Park-and-Ride
  • 8,000 ruang parkir
  • Kadar rata parkir RM4.30 sehari
  • Kapasiti 1,200 penumpang bagi satu perjalanan (4 gerabak)
  • Kelajuan 100km/j
  • Kadar kekerapan 3.5minit
  • Tampung 400,000 penumpang setiap hari
  • Dikendalikan oleh anak syarikat Prasarana Malaysia iaitu Rapid Rail Sdn Bhd
  • 50% nilai kontrak diberikan kepada syarikat Bumiputera
  • 50% ruang niaga diberikan kepada usahawan Bumiputera
  • Peroleh akreditasi Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2015

Ayuh tinggalkan kenderaan anda di rumah. Banyak benda boleh dijimatkan terutamanya kos dan masa. Penulis sendiri berasa cukup berpuas hati dan bangga dengan perkhidmatan ini. Selesa, jimat dan cepat! #JomNaikMRT 

No comments:

Post a Comment