Ramai yang tertanya-tanya, terutamanya pemimpin politik dalam negara dan luarnegara, BAGAIMANA parti UMNO masih berdiri teguh walaupun sudah berusia 71 tahun! Bukan setakat berdiri teguh tetapi masih berjaya mengekalkan pemerintahan bersama parti-parti komponen - Barisan Nasional.
Mungkin ada yang menjangkakan UMNO dan Barisan Nasional akan berkubur. Sebab itu teori atau lebih kepada mitos RAHMAN (nama-nama Perdana Menteri, Najib yang terakhir) mula didendangkan oleh insan yang tidak dapat disahkan. Ada yang mengatakan teori ini mula wujud pada zaman Mahathir, sekitar 1980an, ada pula yang kata 1990an... Tidak ada jawapan tepat.
Sedia maklum, zaman Mahathir lebih dikenali sebagai pemerintahan diktator. Agenda menyusun kepimpinan negara mengikut acuan sendiri atau sinonim dengan budaya memperkuat kroni.
Biarlah ia menjadi tanda tanya... Penulis yakin mitos ini sekali lagi dinyanyikan menjelang PRU14 nanti. Pembangkang sememanya sudah bankrap modal dan hanya menggunakan isu kitar semula.
Penulis lebih suka menjawab persoalan pertama tadi, ianya lebih realistik untuk diperkatakan. Bagaimana UMNO dan Barisan Nasional kekal kuat?
Kita semua akui fakta yang menyebut UMNO mendominasi pemerintahan negara BERSAMA parti komponen dalam Barisan Nasional. Semangat konsensus yang kuat dalam Barisan Nasional tiada siapa dapat nafikan.
Menariknya tentang UMNO menurut Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa, pemimpin parti tidak akan dibiarkan bersendirian baik dalam keadaan suka atau duka. Selagi pemimpin itu meletakkan kesetiaan dan diyakini maka akar umbi pasti solid menyokongnya.
Itulah yang berlaku hari ini. Datuk Seri Najib Tun Razak disokong kerana akar umbi yakin kepadanya. Tambahan pula UMNO begitu menyanjung tinggi institusi presiden. Bukan menyokong kerana pemimpin itu bernama Najib semata-mata tetapi dalam masa sama berdiri teguh dibelakang institusi presiden. Ia juga menyokong membabi buta tetapi bersandarkan kepada prinsip demokrasi yang dipraktikkan. Najib dipilih oleh ahli-ahli dalam pemilihan parti dan beliau juga mendapat mandat rakyat menerusi peti undi dalam pilihanraya.
Senario hari ini, bekas perdana menteri Mahathir meninggalkan parti dan menghasut ahli UMNO menyokongnya. Mana mungkin berjaya kerana ahli UMNO masih menyanjung tinggi institusi presiden! Mahathir bukan lagi seorang presiden jadi kenapa perlu mengikut telunjuknya? Beliau tidak dipilih dalam parti dan juga tidak mendapat mandat daripada rakyat!
Lebih teruk, beliau keluar parti adalah kerana menganggap kuasa pemerintahan negara perlu diwarisi oleh ahli keluarga dan kroninya! Ini langsung tidak dapat diterima oleh ahli UMNO dan Mahathir perlu menerima kenyataan serta berdiri atas realiti.
Kata-kata Annuar dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Orghe Parlimen Terre (OPT) di Ketereh baru-baru ini pasti menggusarkan Mahathir dan puak pembangkang.
"Jangan biarkan pemimpin (UMNO) berkeseorangan. Pemimpin tidak akan hebat tanpa kita semua. Kita adalah pejuang yang setia dan berpaksi kepada perjuangan, bukannya perjuangan untuk individu semata-mata.
"Kalau ada pemimpin yang tidak setia kepada parti (seperti Mahathir), maka terputuslah kesetiaan kita kepada pemimpin tersebut."
Lebih menakutkan Mahathir yang kini menjadi balaci DAP menggalas tugas sebagai pemecah undi Melayu ialah, seluruh Bahagian UMNO di seluruh negara sebulat suara menyatakan sokongan solid kepada Najib sebagai Presiden sementara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalannya.
#BarisanProRakyat #PakatanProDAP #PRU14
No comments:
Post a Comment