AdSense

Friday, July 21, 2017

Pengurusan The Red Warrios dirombak


Skuad Kelantan, The Red Warriors (TRW) terus berusaha dalam saingan Liga Malaysia musim ini biarpun timbul beberapa permasalahan dalaman sebelum ini.

Ini jelas terbukti apabila pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk merombak pengurusan mereka berkuat-kuasa semalam.


Memetik kenyataan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor, rombakan tersebut dilakukan setelah mengambil kira pandangan penyokong selain nasihat daripada penasihat persatuan, Tan Sri Annuar Musa.


Katanya, Ketua Jurulatih Zahasmi Ismail diberi tanggungjawab penuh untuk mengendalikan pasukan manakala kedudukan Alfredo Gonzales selaku Pengarah Teknikal Pasukan dikembalikan kepada jawatan asalnya iatu Pengarah Teknikal Persatuan.

Selain itu KAFA juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Afandi Hamzah selaku pengurus baharu TRW.

Sebelum ini, Zahasmi pernah menyuarakan hasrat supaya KAFA mendapatkan seorang jurulatih antarabangsa bagi membantunya dalam pengendalian pasukan Kelantan.

Pada 30 April, permintaan Zahasmi tertunai apabila Gonzales dilantik sebagai Pengarah Teknikal TRW.


Dua bulan kemudian iaitu 17 Jun, Gonzales kemudiannya dilantik menjadi Pengurus TRW. Namun prestasinya dilihat kurang memberangsangkan bagi sesetengah pihak terutamanya para penyokong.

Semoga rombakan yang diputuskan ini dapat membawa sinar dan membuahkan hasil kepada pasukan TRW dalam mencari kejayaan pada perlawanan akan datang.


No comments:

Post a Comment