AdSense

Friday, June 9, 2017

Tukang kebun ini bernama Liow Tiong Lai


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sedang memotong buah pisang di halaman rumahnya.


"Harvested this crop of bananas this morning from the tree I planted in my compound. Nothing like enjoying the fruits of your own labour." - Tulis beliau dalam status Facebooknya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bentong itu nampaknya seronok dengan apa yang dilakukan.

Penulis juga tertarik dengan setiap komen yang diberikan oleh pengguna Facebook dalam ruangan komen gambar tersebut.

Ada yang menegur Liow salah memotong. Kata mereka, sepatutnya Liow memotong dari belah atas.

Ada juga yang merasakan Liow seperti orang kampung. Hakikat menyedari bahawa Liow sebenarnya memang berasal daripada kampung.

Tanya saja masyarakat di Bentong, siapa yang tidak kenal dengan lelaki bernama Liow Tiong Lai ini... Beliau begitu rapat dengan masyarakat di kawasannya baik yang tua mahupun muda tanpa mengira latarbelakang agama serta kaum.

Dah nama pun orang kampung, sudah tentu beliau juga minat berkebun.

Mungkin ada yang tidak perasan, Liow sebelum ini acap kali menyentuh tentang sektor pertanian dalam ucapannya. Lebih-lebih lagi di kawasan parlimennya, Bentong.

Dalam ucapannya pada 11 Mac 2017, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mampu mewujudkan akses lebih luas dalam merancakkan sektor ekopelancongan di kawasan Bentong.

Beliau berkata selain kaya dengan sumber alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong, pewujudan ECRL juga dilihat mampu membantu penduduk sekitar memasarkan produk pertanian.

“Apabila ECRL siap, sektor ekopelancongan dijangka akan lebih rancak kerana Bentong mempunyai banyak tempat menarik selain produk tempatan seperti hasil pertanian. Kita juga bercadang wujudkan pusat jualan langsung bagi memasarkan produk pertanian yang secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Inilah pemimpin yang kita perlukan, pemimpin yang berfikiran kehadapan dan sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa jua perkara.

Apa-apa pun, gambar Liow potong pisang ini cukup menarik dan sempoi! Beliau memang suka berkebun. Cuma gambar seperti ini jarang kita dapat lihat. Hmmm... Datuk Seri, buat pisang goreng pun sedap tu... Tambah pulak cheese... pergh! Hehehe

No comments:

Post a Comment