Sunday, June 11, 2017

Kemelut FGV dan Insentif Aidilfitri


Biarpun ketika ini kita sibuk membincangkan kemelut FGV berhubung 'pergaduhan' Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dengan CEO Datuk Zakaria Arshad, namun perjalanan anak syarikat FELDA ini tetap berjalan seperti biasa.

Bagi pemerhati dan pakar ekonomi, kemelut tersebut tidak memberi impak yang besar kepada FGV secara keseluruhannya kerana syarikat tersebut masih berada pada landasannya. Erti kata lain, FGV belum lagi tergelincir.


Penulis menyifatkan perkara ini sebagai lumrah dalam satu organisasi. Tambahan pula ia adalah satu organisasi besar. Politik dalaman, cantas mencantas, dakwaan salahlaku itu adalah sesuatu yang normal.

Maka itu, biarlah pihak yang berwajib menjalankan siasatan mereka. Kejadian seperti ini membuktikan syarikat berkaitan kerajaan tidak terkecuali daripada audit dalaman atau disiasat pasukan bebas SPRM bagi mencari kebenaran sekaligus mengheret mana-mana individu yang didapati bersalah ke muka pengadilan.

Artikel lama... Baca komen Tan Sri Isa Samad. KLIK DI SINI
Bukan seperti pemerintahan terdahulu atau di mana-mana negara... Apabila syarikat berkaitan kerajaan terbabit dengan isu salahlaku maka ia akan 'disembunyikan' daripada pengetahuan umum. Tidak pada pemerintahan Malaysia hari ini, apabila isu berkaitan intergriti tidak sesekali dikompromi.

Sebenarnya, penulis tidak memihak dan berminat untuk menulis lanjut mengenai kemelut FGV ini. Buat apa nak pening kepala, pasukan berkuasa sedang menjalankan siasatan mereka. Biarlah mereka mengendalikannya. Kita tunggu saja keputusannya.

Tetapi, penulis tertarik dengan hebahan media malam tadi mengenai pemberian insentif Aidilfitri kepada peneroka FELDA. Pemberian ini nyata merunsingkan kumpulan pembangkang kerana mereka sebelum ini sering menuduh FELDA akan bankrap. FELDA dikatakan sebuah organisasi gagal. Hakikatnya, para peneroka masih menerima manfaat hasil FELDA.


Berapa ramai peneroka yang bakal menerima insentif Aidilfitri ini di seluruh negara? Cuba darabkan dengan nilai RM500? Tidak termasuk dividen FGV sebanyak RM280 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM780. Di mana logiknya tuduhan yang mengatakan FELDA atau FGV sebagai sebuah organisasi gagal?

Penulis yakin dan percaya, pentaksub pembangkang akan mengeluarkan pelbagai tohmahan berhubung insentif ini. Tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya mereka masih menuduh pemberian ini sebagai dedak, rasuah, gula-gula pilihanraya dan seumpamanya.

Bersediakah rakyat marhaen terutamanya peneroka dan anak peneroka untuk dihina sekali lagi oleh kumpulan pembangkang?

No comments:

Post a Comment