AdSense

Sunday, June 11, 2017

Kerap menfitnah... Rafizi dilihat semakin ketagih


Malaysia bayar pelobi Amerika Syarikat untuk dapat akses terus kepada pemimpin negara itu. Kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan dengan sebuah syarikat yang dimiliki Florence Goh iaitu Godfrey Group Limited?

Wow! Menarik bunyinya... Apa lagi, ayuh balun kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional! Tumbangkan UMNO / BN dan Najib Razak!


Sebentar! Sebelum itu...

Sudahkah kita menyelidik terlebih dahulu berita tersebut? Apatah lagi ia keluar daripada mulut pemimpin pembangkang bernama Rafizi Ramli? Seorang pemimpin yang sudah hilang kepercayaan selepas kerap sangat kantoi menipu?


Ya! Sebab itu kita perlu menyelidik dahulu sesuatu berita... Takut-takut menjadi penyambung sebaran fitnah pula...

Sehari selepas Rafizi yang juga merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan itu bangga kononnya dapat membongkar sesuatu, tampil seorang wanita membersihkan namanya daripada fitnah Rafizi. Beliau pada ketika itu ditemani Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Florence Goh Siew Boey menegaskan bahawa dirinya tiada kaitan langsung dengan Godfrey Group Limited. Justeru itu satu laporan polis dibuat dan beliau mengharapkan Rafizi dapat disiasat dengan segera.

“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan. Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah.”

Florence Goh memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.

Sementara bagi Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rafizi seharusnya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu. Sebagai ahli Parlimen, Rafizi boleh mendedahkan apa-apa sahaja, tetapi janganlah mangsakan mereka yang tidak berdosa.

Bagi yang mungkin terlepas pandang daripada mengikuti isu ini, di sini penulis sertakan petikan media sebelum ini :

Laporan dari Amerika Syarikat memetik borang yang difailkan seorang pelobi pentadbiran Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, yang mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada Godfrey, beralamat di Johor Bahru dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Putrajaya yang berkata ia tidak pernah memberi kontrak kepada mana-mana syarikat untuk melakukan aktiviti pelobian di Washington.

Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.

Inilah kerja kumpulan pembangkang yang gemar mencari kesalahan kerajaan Malaysia biarpun ianya satu fitnah. Seperti isu cincin 24juta dan banyak lagi fitnah yang dimainkan Rafizi sehingga membuatkan rakyat mempercayainya. Sedangkan ianya adalah satu fitnah jahat.


Sejujurnya penulis berasa sangat kasihan kepada pemimpin pembangkang kerana sudah ketandusan idea untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Dalam masa sama penulis mengharapkan pemimpin pembangkang bersikap lebih matang dalam berpolitik.

Budaya menfitnah bukanlah kegiatan yang perlu dibanggakan. Ianya perbuatan jijik dan wajar dihentikan segera!



No comments:

Post a Comment