AdSense

Thursday, June 29, 2017

Patutlah pembangkang beriya jilat DoJ... Ini sebabnya!


Hairan juga kenapa pembangkang beriya benar menjilat Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung isu membabitkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak akhir-akhir ini.

Kononnya DoJ lah badan bebas yang berintegriti tinggi. Badan yang boleh dipercayai. Badan yang paling mulia. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Ada udang dibalik mee. Ada sebab tertentu.


Kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, pembangkang terpaksa mengitar semula laporan DoJ yang bermotifkan politik itu sebagai taktik mengalihkan ledakan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Forex. Iyalah, baru-baru ini Kabinet memutuskan untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian forex yang dialami Bank Negara.

Pada 21 Jun baru-baru ini, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan menubuhkan RCI bagi membolehkan siasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan.

PPK yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.

Tambah Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, penubuhan RCI itu mengundang rasa panik dalam kalangan pemimpin pembangkang. Mana tak panik, semua sedia maklum siapa dalang sebenar yang bertanggungjawab dalam isu tersebut. Bahkan ada yang mengatakan ia membabitkan wang rakyat sehingga RM100 bilion!


"Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti." kata Annuar dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama Annuar juga membangkitkan soal kedaulatan negara dan campurtangan asing yang dihasilkan oleh tangan pengkhianat. Katanya, pembangkang dan proksi mereka harus bertanggungjawab apabila membawa masuk campur tangan negara asing seperti DoJ sekaligus berupaya menggugat kedaulatan negara.

Tergamak pembangkang melakukan perbuatan keji ini semata-mata mahu meraih kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Semoga rakyat Malaysia membuka mata, sedar dan mengutuk perbuatan jahat pembangkang yang gilakan kuasa hari ini.

#TolakPH #PakatanProDAP
#BetterNation #BarisanProRakyat

No comments:

Post a Comment