AdSense

Tuesday, June 20, 2017

Isu 1MDB : DOJ hanya main persepsi, pembangkang sambut meloncat


Sehari dua ini, pakatan pembangkang atau lebih dikenali Pakatan pro DAP mengambil kesempatan di atas isu 1MDB yang dibangkitkan semula oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.


Ya, isu kitar semula ini sengaja dimainkan bagi memastikan serangan terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terputus.

Ikutkan hati, penulis malas hendak menulis tentang persepsi negatif ciptaan pembangkang ini... Iyalah, sudah banyak kali dijawap namun pembangkang masih dengan hati hitamnya.

Pembangkang sebenarnya sudah lama mati akal sejak Ahli Parlimen Kepong mereka daripada parti DAP iaitu Tan Seng Giaw mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kesalahan jenayah melibatkan Najib dalam isu 1MDB.

Sedia maklum, audit yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) sebelum ini turut dianggotai oleh pemimpin kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang.

Memetik kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kenyataan terbaru DOJ hanyalah ulangan tuduhan lama yang cuba mengaitkan nama PM Najib Tun Razak. Setakat ini tiada mana-mana siasatan mengaitkan kes sivil dengan Najib.

Bagi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad pula, tiada bukti menunjukkan penyelewengan dana 1MDB. Proses keadilan tidak boleh didorong publisiti murahan dan tuduhan perlu disokong bukti bukannya tuduhan melulu oleh musuh politik.

Sementara bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, DOJ sepatutnya bertindak lebih berani dan profesional jika tidak mahu hilang kredibiliti.

Kata Hishammuddin, kalau mereka ada bukti kukuh, dakwalah. Jangan buat kenyataan saja tapi tak ada tindakan. Setidaknya orang didakwa itu ada ruang untuk membersihkan nama masing-masing.

Justeru itu, kalau pembangkang tidak mahu menerima kata-kata pemimpin BN dan pihak bebas, kenapa tidak mahu percaya pemimpin mereka sendiri seperti Tan Seng Giaw? Kenapa lebih mengagungkan organisasi luar negara yang berpengkalan di Amerika seperti DOJ?

Jika diperhatikan, isu 1MDB ini seolah-olah diletakkan pada kedudukan teratas dalam senarai serangan oleh pakatan pembangkang. Tambahan pula ia dilihat mendapat 'kerjasama' dengan pihak asing.

Pembaca boleh lihat, antara lidah rasmi yang sering menyebar persepsi tidak tepat berkaitan 1MDB ini ialah Sarawak Report. Manakala keakraban penulis Sarawak Report dengan pemimpin pembangkang pula tidak dapat disangkal lagi.

Ia sekaligus mengundang persoalan tentang gerakan 'kerjasama' antara pihak asing dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menggulingkan kerajaan menerusi persepsi dan fitnah.

Teruk sangatkan negara Malaysia ini sehingga hendak digulingkan dengan menggunakan bantuan pihak asing?

Penulis yakin dan percaya isu 1MDB ini akan terus menjadi tajuk utama pembangkang sehinggalah musim pilihan raya ke 14 (PRU14) nanti. Sampai bila rakyat akan terpedaya dengan persepsi dan fitnah ciptaan pembangkang?

*Ingat lagi fitnah 40k pengundi Bangla? Cincin 24juta?

#TerimaFaktaTolakFitnah

No comments:

Post a Comment