AdSense

Wednesday, June 21, 2017

Aidilfitri 2017 : Nak tahu apa usaha SPAD tangani isu berkaitan bas ekspres? Baca artikel ini....


Kurang seminggu, umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Masyarakat lain juga tidak melepaskan peluang musim cuti perayaan ini untuk pulang ke kampung halaman mahupun bercuti.

Suatu ketika dahulu, suasana manis di musim perayaan boleh berubah duka. Iyalah, ada anak di perantauan yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman kerana tiada kenderaan sendiri. Pengangkutan awam yang ada pun cukup terhad. Hendak dapatkan tiket samada bas, keretapi pun, kena tempah sebulan, dua bulan awal!


Demikianlah senario yang pernah berlaku dalam negara kita jika ada yang masih ingat. Namun, ianya berubah hari ini selepas sistem pengangkutan awam ditambahbaik oleh pihak yang bertanggungjawab khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tahukah anda, untuk musim perayaan Aidilfitri tahun ini, kira-kira 5,000 bas ekspres termasuk 93 bas tambahan dibenarkan beroperasi?

Ya, itulah kenyataan terbaharu Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah.


Jelasnya, kesemua bas ekspres itu sudah melalui pemeriksaan terperinci sebelum dibenarkan beroperasi, termasuk rekod pemandu bas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Untuk makluman pembaca, sebelum meluluskan pengoperasian bas ekspres tersebut, pihak SPAD sudah mengadakan taklimat kepada pemandu-pemandu bas ekspres dan mereka memberi jaminan untuk memandu secara berhemah ketika berada di jalan raya. Ia bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan bas ekspres dikurangkan terutamanya ketika musim perayaan.

Tidak cukup dengan itu, sebagai langkah proaktif, SPAD juga telah memulakan penguatkuasaan secara intensif selama 21 hari bersama PDRM, JPJ, JKJR dan pihak penguat kuasa lebuh raya yang bermula 12 Jun lalu hingga 2 Julai ini.

Antara operasi yang dilaksanakan ialah audit penguatkuasaan terhadap rekod sistem pengesan global kenderaan, operasi penyamaran, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan kamera litar tertutup di Pusat Operasi Lebuh raya.

Seramai 384 pegawai penguat kuasa SPAD turun padang menjalankan operasi itu termasuk pemeriksaan di kaunter-kaunter tiket dan dokumen di 40 terminal bas seluruh Semenanjung Malaysia.

Jelas terbukti bahawa SPAD merupakan pihak yang sangat menitikberatkan soal keselamatan pengguna pengangkutan awam dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Bukan sahaja setakat itu, pihak SPAD juga tidak  teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas ekspres yang didapati cuai dalam pengurusan operasi.

SPAD akan memberi lebih penekanan terhadap syarikat-syarikat bas ekspres yang pernah mempunyai rekod gantung terutamanya dari segi sikap para pemandu dan keadaan bas ekspres.

Ianya bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan.

Barangkali ada yang beranggapan bahawa usaha sebegini tidak mendatangkan hasil. Namun tindakan bersepadu sedemikian berjaya menurunkan aduan pada musim perayaan Tahun Baharu

Cina yang lalu daripada 70 (tahun lepas) kepada 41. Pada Tahun Baharu Cina 2017 juga hanya 127 kesalahan direkodkan berbanding 248 bagi tahun 2016.

Pihak berwajib sudahpun melakukan pelbagai cara dan usaha untuk menangani isu ini. Tinggal lagi kita sebagai pengguna jalan raya khususnya pemandu dan pengendali bas ekspress pula untuk sama-sama memainkan peranan.

No comments:

Post a Comment