AdSense

Monday, May 29, 2017

Murah-murah! DAP 'lelong' tanah rakyat kepada Singapura


CAT - Cekap, Akauntabiliti, Telus

Bukanlah slogan yang dipraktikkan tetapi hanyalah satu ayat kepura-puraan buatan DAP bagi meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka.


Sedia maklum, DAP gemar menuduh UMNO/BN mengamalkan rasuah, curi duit rakyat dan penindas rakyat.

Hakikat menyedari, tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya terpalit pada batang hidung DAP sendiri.

Penulis tidak berhasrat untuk menulis artikel berkaitan kes rasuah membabitkan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Tetapi penulis tertarik dengan isu penjualan tanah milik rakyat Pulau Pinang kepada sebuah syarikat Singapura.

Isu ini wajar diberi perhatian oleh masyarakat Malaysia khususnya rakyat Pulau Pinang itu sendiri. Ini kerana, tanah dengan keluasan 2.5ha di Peel Avenue dijual tanpa melalui proses tender terbuka dan di bawah harga pasaran!

Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong ada mempersoalkan perkara ini dan mendesak pemerintah negeri DAP memberikan penjelasan mereka.

Menurut Dr Tan, harga tanah di Persiaran Gurney ialah RM1,500 setiap sqf dan RM1,000 di Pulau Tikus. Persoalannya, kenapa kerajaan negeri DAP menjual tanah Peel Avenue dengan harga hanya RM560?

Lebih mencurigakan, ia dikatakan dibuat tanpa tender terbuka! Ini berbeza sekali dengan pemerintah BN suatu masa dahulu yang sentiasa mengamalkan tender terbuka bagi menjamin ketelusan.

MCA negeri juga mahukan penjelasan DAP berhubung status tanah yang ditukar kepada CMI (Chief Minister Incorporated) sebelum proses penjualan.

Banyak sekali isu yang mencurigakan di Pulau Pinang sejak diperintah DAP. Penulis juga mencari-cari di mana letaknya slogan CAT di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Setelah diamati, jelaslah bahawa ia sekadar retorik mengaburi mata rakyat.

Slogan yang dicipta nampak hebat tetapi sayangnya, ia tidak dipraktikkan dengan baik. Tuduhan DAP yang sering mengatakan UMNO/BN mencuri hak rakyat nampaknya terpalit pada diri sendiri.

Sehingga kini, penulis juga tertunggu-tunggu, bilakah Tony Pua atau Ong Kian Ming atau Rafizi Ramli yang terkenal dengan kaki bongkar, kononnya pembela rakyat ini akan tampil bersuara dalam isu di Peel Avenue.

No comments:

Post a Comment