Tuesday, May 30, 2017

UMNO bukan parti rasis


11 Mei yang lalu, UMNO menyambut Ulangtahunnya yang ke 71. Tujuh dekad memperjuangkan bangsa sejak 1946.

Bukan satu masa yang singkat. UMNO terus berjuang membela bangsa Melayu dulu, kini dan selamanya.

Namun ada suara-suara mewakili pihak di sebelah sana yang cuba menuduh UMNO sebagai sebuah parti rasis dan memusuhi masyarakat Cina.


Dakwaan ini timbul berikutan mereka (pembangkang) tidak lagi memiliki modal untuk menyerang parti keramat UMNO.

Pembaca pastinya lebih cerdik daripada pembangkang. Lihat saja sejarah, apakah UMNO mentadbir negara secara rasis dan membenci masyarakat Cina atau kaum-kaum lain? Jawapannya tidak.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat.

Beliau juga menasihati masyarakat Cina supaya tidak terperangkap dengan agenda jahat pembangkang khususnya DAP yang gemar mengapi-apikan kebencian dalam kalangan rakyat.

"Baru-baru ini saya berjumpa dengan Dong Zong (Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia), tetapi ada orang marah saya. Saya kata kenapa hendak marah sedangkan sekolah Cina dibina atas restu UMNO. 

"Malah, orang Cina juga bebas guna nama bangsa mereka sendiri. Perkara ini tidak dibenarkan di Indonesia dan Thailand, termasuk banyak negara lain. Di Malaysia, tidak ada orang Cina yang kita panggil dengan nama Daud. 

"Orang Cina juga bebas meraikan budaya dan adat Cina. Jadi pembelaan terhadap orang Cina dilakukan oleh UMNO, bukan DAP dan perkara ini adalah realiti. DAP jangan cuba menanam kebencian dalam kalangan orang Cina," kata Annuar.

Oleh yang demikian, hati-hatilah ketika mendengar, melihat atau membaca apa saja yang keluar daripada lidah DAP. Agenda mereka tidak lain tidak bukan adalah demi kepentingan peribadi.

Kerja mereka mengapi-apikan dan memecahbelahkan masyarakat yang hidup harmoni hari ini.

#BarisanProRakyat
#PakatanProDAP
#TolakPolitikKebencian

No comments:

Post a Comment