AdSense

Sunday, May 28, 2017

Saya tak malu pakai baju UMNO, BN - Annuar Musa


"Ada orang tanya saya, tak malu ke setiap hari pakai baju BN?



"Saya cakap, buat apa hendak malu? Saya bangga pakai baju UMNO, BN. Saya juga tak malu pakai baju UMNO, BN ketika menaiki kapalterbang mahupun motosikal.

"Itu pada luaran baju. Kalau belah hati saya, darah yang mengalir dan denyutan jantung ini penuh dengan semangat UMNO."


Demikian kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa ketika mengingatkan ahli parti supaya tidak merendah diri dalam perjuangan UMNO.

Dalam masa sama Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan bahawa imannya sedikitpun tidak goyah biarpun ada 'suara-suara' yang mahu beliau meninggalkan UMNO.

Alaa... Ini semua suara-suara kecil yang sentiasa iri hati pada orang lain. Suara hasil daripada bisikan syaitan...

Syukur Alhamdulillah. Annuar masih kukuh berdiri dan menyerahkan tubuhnya solid untuk UMNO. Tindakan bekas bossnya iaitu Mahathir Mohamad yang keluar parti dan menjadi pemimpin antiKerajaan tidakpun mempengaruhi Annuar.

Annuar tidak tergelincir dengan gelombang PKR (reformasi untuk kepentingan Anwar), Mahathir (PPBM - misi menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM).

"Saya bersyukur sambil menoleh kebelakang, saya masih ada daya ketahanan dan kalaulah ada hayat saya empat, lima tahun berbaki biarlah saya selain mati dalam iman (syahadah). Saya juga harap mati dalam keadaan saya masih kekal dalam UMNO dan BN."

Inilah kenyataan seorang pemimpin yang wajar dicontohi anak muda hari ini. Perjuangan bukan mengharapkan dedak gred A, jauh sekali dambakan dedak import dari luarnegara.

Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair yang bermula daripada parti keramat UMNO.

#BarisanProRakyat #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment