Sunday, May 14, 2017

Komen orang Cina terhadap parti UMNO


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO ini dikenali sebagai sebuah parti keramat. Walaupun sudah berusia 71 tahun tetapi ia parti ini kekal mantap dan relevan. Ramai pihak cuba meruntuhkan parti keramat ini dengan pelbagai cara namun masih gagal.


Parti keramat, dibelakangnya terdapat hampir 4 juta ahli, sudah tentu sukar untuk menumbangkannya. Lagipun, hanya UMNO saja parti yang dilihat benar-benar membela nasib rakyat serta memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair dengan baik.

Benar, UMNO merujuk kepada orang Melayu dan Islam. Tetapi ia bukan bermakna kaum-kaum lain diketepikan apatah lagi ditindas. Kalau kita perhatikan semasa Sambutan Hari Ulangtahun UMNO ke 71 di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, Al-Quran dan Keris di bawa naik ke pentas. Ia sekaligus menjadi simbolik kepada asas perjuangan parti itu sendiri. Al-Quran sebagai rujukan dan panduan sementara keris menjadi senjata pertahanan dan serangan.

Islam sendiri mengajak kepada keamanan dan kesejahteraan. Sebab itu tidak hairanlah UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara menjadikan Wasatiyah sebagai prinsipnya. Kesederhanaan - tidak terlalu lemah dan tidak terlalu ekstrem. Dalam masa sama BN sendiri mempraktikan cara moderat samada sesama komponen mahupun masyarakat.

Sedia maklum, kaum Cina di dalam negara ramai yang menyarung baju MCA. Musuh utama MCA ialah DAP yang banyak mengamalkan politik kebencian dalam kalangan masyarakat. Jika diikutkan, boleh saja MCA keluar BN dan bergabung dengan DAP atau Pakatan Harapan. Tetapi ia bukanlah pilihan yang bijak.


Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, UMNO sebagai tunjang dalam BN akan terus mantap bagi memastikan transformasi negara dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini.

Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong ini menyifatkan UMNO adalah parti untuk semua rakyat. Semangat UMNO yang inklusif, sederhana serta menjaga kepentingan rakyat dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja.


Sebab itulah UMNO kekal relevan pada pandangan masyarakat. Bukan senang sesebuah parti untuk mempertahankan kekuatan mereka. Teori yang mengatakan sesebuah parti akan terkubur setelah mencapai usia 50 tahun tidak terpakai untuk parti keramat UMNO.

UMNO bukan seperti parti-parti lain yang hanya memperjuangkan kepentingan individu.

UMNO bukan seperti DAP yang membela Lim Kit Siang dan si anak Lim Guan Eng.

UMNO bukan seperti PKR yang membela Anwar Ibrahim, si isteri Wan Azizah dan si anak Nurul Izzah. 

UMNO bukan seperti PAN yang membela Mat Sabu dan rakan-rakan. 

UMNO bukan seperti PPBM yang membela Mahathir, si anak Mukhriz dan syarikat kroni. 

Sebaliknya UMNO adalah pembela rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment