Saturday, May 13, 2017

Hasutan halus dicipta padam semangat membara orang UMNO


Bahang 'Lautan Merah' di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei 2017 masih lagi terasa walaupun ada suara-suara sumbang dan kritikan dilemparkan.

Soal kehadiran peserta, token dan cabutan bertuah sengaja diperbesarkan.... Walhal hakikat menyedari bahawa sambutan Hari UMNO ke 71 ini jauh lebih baik daripada acara anjuran pembangkang.


Lihat saja bagaimana huru-haranya himpunan Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Bersih 4.0 hinggalah ke Bersih 5.0. Begitu juga dengan Himpunan Black Out, Bantah GST dan macam-macam lagi acara politik kebencian dianjurkan parti pembangkang yang sedia maklum diketuai oleh DAP.

Kalau kita mengikut rentak dan asyik menjawab kritikan pembangkang, tak jadi apa lah... Mereka sebenarnya sengaja mencipta isu remeh bagi menutup kejayaan sambutan ulangtahun UMNO kali ke 71.

Orang UMNO jawab apa sekalipun, parti lawan sudah pastinya tidak akan menerimanya. Kerana mereka sedar bahawa semangat orang UMNO pada ketika ini berada pada tahap maksima.

Sebab itu mereka cuba untuk melemahkan semangat orang UMNO dengan pelbagai cara.


Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, perhimpunan Hari UMNO ke 71 ini menyumbang ke arah ”winning mentality” atau mentaliti menang yang merupakan elemen penting kepada jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tambah Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh itu, mesej yang disampaikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sudah cukup jelas iaitu, memperbaharui iltizam untuk persiapan menghadapi PRU

Dalam masa sama ia menjurus kepada soal dukungan roh kerjasama dengan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN). Oleh yang demikian adalah diharapkan barisan jentera parti akan lebih bersemangat dalam usaha mempertahankan kesejahteraan dan kemakmuran negara daripada dimusnahkan pembangkang.

#UlangtahunUMNO71 #HariUMNO2017 #UMNO71

1 comment: