Tuesday, May 9, 2017

Harga barang mahal, Najib hapuskan kabotaj


Dasar Kabotaj Negara dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 Januari 1980 bagi membantu perkembangan industri perkapalan tempatan dan menyekat penglibatan kapal perdagangan asing dalam penghantaran kargo domestik.


Setiap barang yang dibeli dari luar negara perlu melalui Pelabuhan Klang terlebih dahulu sebelum dihantar ke Sabah. Namun wujud sedikit kelemahan iaitu ia menjadi antara penyebab kepada kenaikan harga barang.


Pada bulan Februari baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kementeriannya bersetuju untuk membincangkan semula dasar kabotaj di Sabah. Ini semata-mata bagi memastikan pertumbuhan ekonomi di negeri itu dapat berjalan dengan baik.

Sehubungan itu, 7 Mei baru-baru ini di Sandakan, menjadi tarikh istimewa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan pengecualian dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan dalam perkhidmatan kargo dari pelabuhan di Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.


Pengecualian yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun ini bagaimanapun tidak terpakai kepada aktiviti perkapalan yang beroperasi antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

Keputusan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha dan mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap apa jua permasalah rakyat. Bagai menarik rambut pada tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Pastinya ia memberi kesan yang baik terhadap kedua-dua pihak usahawan dan rakyat secara keseluruhannya.

Untuk makluman, pihak dalam kalangan parti pembangkang cukup gemar memainkan isu berkaitan kabotaj ini sejak sekian lama. Mereka hanya pandai mengkritik kerajaan tetapi tidak pula memberikan penyelesaian. Mereka mahu menujukkan bahawa kononnya mereka saja yang membela nasib rakyat.

Walhal kerajaan BN pula memandang isu ini secara lebih teliti, mendalam dan menyeluruh. Sudah tentu rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dimuktamadkan.



Penulis bersependapat dengan kenyataan Najib yang mengatakan pihak pembangkang tiada agenda untuk negara dan hanya pandai mengkritik kerajaan saja.

Buat rakyat khususnya di kawasan Malaysia Timur, sudah tentu ucapan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana menyelesaikan isu berkaitan kabotaj ini dengan baik. Paling utama, ia membawa manfaat kepada semua pihak.

No comments:

Post a Comment