AdSense

Tuesday, May 9, 2017

Bila agensi perhebat usaha banteras rasuah dan salahguna kuasa, kenapa ada yang bangkang?


Wayang je semua ni.... Konon nak tangkap dan banteras rasuah tetapi jerung dibiarkan."

"Bila libatkan pemimpin politik Barisan Nasional, dia orang senyap saja..."

Demikian antara kritikan awal netizen terhadap pelancaran Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.




Walhal GERAH bakal mencetuskan gelombang perubahan terhadap masyarakat supaya membenci dan memandang jijik perbuatan rasuah serta salah guna kuasa.

Bukannya untuk membenci pihak yang bercita-cita tinggi untuk membanteras rasuah seperti SPRM dan kerajaan pemerintah!

Memetik kenyataan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad, menerusi gerakan sosial peringkat kebangsaan tersebut, pihaknya akan memupuk masyarakat untuk mengatakan tidak kepada rasuah dan seterusnya berani bangkit menentang serta memerangi perbuatan terkutuk itu di negara ini.


Dalam masa sama, seramai 2,000 tenaga kerja SPRM di seluruh negara yang menjadi ejen penggerak kepada GERAH akan mula turun padang secara serentak dan berjumpa dengan kira-kira 20,000 anggota masyarakat pada Isnin pertama setiap bulan.

Kenapa pula hendak dikritik usaha baik seperti ini? Melainkan pihak yang mengkritik itu sebenarnya kumpulan yang berpotensi atau berhasrat untuk mengamalkan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa?




Pssstttt.... Teringat pada pemimpin DAP Lim Guan Eng yang terlibat kes rasuah di Pulau Pinang. Juga kes anak muda PKR Ampang yang kayanya luarbiasa!

No comments:

Post a Comment