AdSense

Monday, May 8, 2017

Presiden MCA gesa masyarakat tolak politik kotor DAP


Selama wujudnya Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, masyarakatnya hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Bukan senang hendak mengekalkan suasana ini dalam kehidupan masyarakat majmuk, pelbagai bangsa dan agama. Namun selama Malaysia ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) menerusi 13 parti komponennya, negara dapat kekal berada dalam suasana aman damai. Ini adalah fakta dan sejarah yang tak boleh dinafikan oleh sesiapa termasuk pemimpin diktator DAP, Lim Kit Siang.


Kewujudan parti ekstrem seperti DAP telah menyukarkan usaha kerajaan BN untuk mengekalkan apa yang dinikmati masyarakat hari ini. Suntikan dan permainan politik DAP yang diketuai Lim Kit Siang sejak 51 tahun lalu cukup berbahaya.

Usah sebut tentang tragedi hitam negara 13 Mei 1969. Ianya satu tragedi yang mampu membuatkan sesetengah orang mengalir air mata. Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini. Ada saja kejadian-kejadian yang membabitkan isu perkauman sehingga mencetuskan pergaduhan.

Terbaharu, kejadian di Johor Bahru yang tular di media sosial. Membunyikan hon kereta kerana terperangkap di dalam kesesakan sekaligus mengundang provokasi agama. Walhal sejak dahulu lagi masjid-masjid di seluruh negara akan dikunjungi orang ramai berikutan berlangsungnya Solat Jumaat. Sejak dahulu lagi. Tetapi bagaimana kejadian seperti di Johor Bahru ini boleh berlaku?

Seolah-olah mereka yang mencetuskan provokasi itu telah disuntik dengan satu semangat kebencian terhadap kaum-kaum lain. Sedangkan semua orang tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Pelbagai agama diamalkan di sini biarpun Islam diangkat sebagai Agama Persekutuan. Indahnya Malaysia apabila semua kaum dapat mengamalkan agama masing-masing.

Penulis cuba untuk tidak menyalahkan pemandu kenderaan tersebut. Tetapi memikirkan betapa bahayanya suntikan kebencian membabitkan kaum dan agama di Malaysia maka, ia wajar diambil serius oleh setiap masyarakat yang cintakan keamanan. Liow ketika ucapan dalam Ceramah Rakyat di Temerloh pada 28 April lalu berkata, masyarakat di Malaysia bakal hidup dalam keadaan kucar-kacir dan porak-poranda sekiranya terpedaya dengan hasutan DAP.


Selain itu Liow turut menyifatkan pakatan pembangkang yang diketuai DAP sebagai satu pakatan yang sering berpecah-belah sesama sendiri dan tiada kesepakatan. Katanya, dulu mereka dikenali sebagai Pakatan Rakya (PR). Selepas berakhirnya pilihan raya umum ke 13 (PRU13), mereka cipta pula Pakatan Harapan (PH). Pakatan ini cukup serabut dengan perbalahan sesama sendiri demi mencapai cita-cita peribadi. Apakah ini kerajaan yang sesuai untuk memerintah Malaysia? Sudah tentu tidak.

Justeru itu, pakatan yang berserabut seperti PH wajar ditolak pada PRU14 akan datang. Mereka tidak sama dengan BN yang mengamalkan politik positif. Parti-parti komponen di dalam BN sentiasa berpegang kepada prinsip serta semangat kerjasama, perkongsian, konsensus, dan toleransi.

Ingat, PH tidak sepakat sesama sendiri. Masing-masing ada agenda peribadi - bukannya untuk membela nasib rakyat.

#TolakPakatanProDAP #SokongBN #BarisanProRakyat

No comments:

Post a Comment