AdSense

Wednesday, April 12, 2017

RAHSIA Lim Kit Siang kekal kuasa dalam DAP


Dalam mana-mana pemilihan, siapa yang mendapat banyak sokongan maka sudah tentu akan dipilih menjadi ketua. Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi sebenar.


Namun amalan itu tidak dipraktikkan dalam parti DAP. Tidak menggambarkan langsung sepertimana nama penuhnya Democratic Action Party. DAP sebaliknya masih pada amalan lama, 'dipandu' oleh pemimpin yang tak pernah turun sejak 51 tahun yang lalu- Lim Kit Siang

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu. Tetapi apa boleh buat, kuasa Dinasti Lim yang ada di dalam DAP begitu kuat. Tidak ramai yang dapat dan berani menentang dinasti ini. Jika ada yang menentang, bersiap sedialah menerima amaran atau tindakan oleh barisan diktator.

Hakikatnya menyedari, amalan diktator di dalam DAP mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli mereka sendiri sejak dahulu lagi. Lebih-lebih lagi semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini.

Jika pembaca masih ingat, Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang pada tahun 2015 lalu telah dibidas oleh para perwakilan parti itu. Jika penulis yang bidas, mungkin ia boleh dipersoal. Tetapi ia dibidas oleh ahli DAP sendiri! Bayangkan bagaimana ahli DAP terpaksa berdepan dengan kuasa diktator sebegini?

Sibuk tuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus walhal ia berlaku pada parti sendiri!

Perwakilan dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind merasakan sudah sampai masanya pemilihan anggota jawatankuasa DAP negeri itu harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi.

"Sistem pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang harus diubah supaya menjadi lebih telus kepada mereka yang mendapat undi yang tinggi dan diberi jawatan pengerusi," katanya dalam konvesyen bertarikh 29 November 2015.

Pendirian sama turut dilahirkan perwakilan Sri Tanjung Bungah, Lim Cheng Hoe. Katanya, mana-mana pemimpin yang mendapat undi yang tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa negeri seharusnya diberi peluang memimpin parti sebagai pengerusi.

"Dalam sistem lama, 15 pemimpin yang terpilih akan diundi sekali lagi untuk menentukan jawatan masing-masing dan sistem ini tidak memberi kelebihan kepada pemimpin yang mendapat undi tertinggi."

Ini cuma luahan rasa dua orang ahli parti dalam DAP. Sebenarnya ramai lagi ahli DAP dan bekas ahli DAP serta bekas pemimpin DAP yang sering mempersoalkan ketidakadilan dalam pemilihan parti bersimbolkan roket ini. Tunku Aziz, Tan Tuan Tat, David Dass dan ramai lagi.

Sebagai sebuah parti politik DAP seharusnya lebih bersifat terbuka dan demokrasi, bukannya sebuah parti yang memperjuangkan legasi peribadi atau mengubah sebuah parti kepada syarikat famili.

Justeru itu, penulis ingin bertanya kepada pembaca, wajarkah parti diktator dan tidak telus seperti ini diagung-agungkan?

No comments:

Post a Comment