AdSense

Monday, April 17, 2017

ECRL - Pelingkup syarikat bas ekspres?


Macam mana syarikat bas Pantai Timur nak hidup kalau dah ada ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) nanti?

Teksi pun macam tu juga. Parah lah kami. Zalim, kejam dan penindas sungguhlah kerajaan Barisan Nasional (BN) ni!


Mungkin itu tanggapan sesetengah pihak bila bercakap tentang ECRL - Satu projek besar di Pantai Timur.

Namun sedarkah kita bahawa setiap yang diusaha dan dilakukan kerajaan itu mencangkumi pelbagai faktor? Semua diambil kira yang pada akhirnya akan memberi manfaat kepada ramai orang. Bukan hanya untuk sesetengah pihak saja.

Sebagai warga yang maju, kita seharusnya sentiasa positif dan tidak mengkritik secara membabi buta.

Untuk makluman pembaca, projek ECRL ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022. Apa yang paling utama, ia akan membuka peluang pekerjaan yang cukup luas kepada masyarakat.

Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), ECRL berupaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi di kawasan Pantai Timur!

Dalam masa sama, ECRL juga akan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna untuk pulang ke kampung terutamanya pada musim perayaan tanpa menempuh kesesakan.

Sebab itu kita jangan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Ini adalah projek untuk rakyat. Apa jaminan syarikat bas atau teksi dalam memberi keselesaan kepada penumpang mereka?

Bukannya kerajaan mengharamkan terus syarikat bas atau teksi daripada beroperasi. Berfikiran positiflah... Mungkin ada penumpang yang tetap memilih bas atau teksi. Janganlah jadikan ECRL sebagai satu isu politik sempit!

Orang ramai boleh melawat laman web ini untuk maklumat lanjut tentang ECRL. Juga ada borang maklum balas jika anda mempunyai sebarang cadangan atau idea bernas. www.mrl.com.my

Sedia maklum, kerajaan BN tetap akan melakukan apa sahaja perkara yang berupaya memberi manfaat menyeluruh kepada rakyatnya. Walaupun ia dikritik dan diperlekeh oleh pihak yang cemburu atau kecewa.

Suara Lensa ada menyiarkan beberapa artikel tentang ECRL sebelum ini. Bacalah untuk menambah ilmu pengetahuan. Bukan bertindak mengikut emosi semata-mata.

Pemeriksaan Awam projek #ECRL : 39 lokasi selama 3 bulan
Laluan ECRL dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor
ECRL : Kerajaan tak bazir, hanya utamakan rakyat

No comments:

Post a Comment