AdSense

Tuesday, April 18, 2017

Calar nama Malaysia, sabotaj ekonomi kerana gila kuasa


Hanya kerana nafsu serakah, ada pemimpin yang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri baik dalam mahupun luarnegara. Perkara ini bukan lagi sesuatu yang asing tetapi sedang dan telahpun berlaku. Apa sudah jadi? Wajarkah kita mengagung-agungkan pemimpin sedemikian rupa? Baca, siapa mereka ini....


Ya, pemimpin yang dimaksudkan ialah dalam kalangan parti pembangkang terutamanya DAP. Jangan lupa, pemimpin PKR juga hebat dalam misi memburuk dan mensabotaj ekonomi Malaysia di pentas antarabangsa seperti Anwar. (Sementara parti mentah PAN mungkin sedang belajar daripada sifu Kit Siang).

Rujuk kembali jawapan-jawapan beliau apabila ditanya media asing berhubung isu ekonomi di Malaysia. Kebanyakkannya hanya cerita buruk. Selain ekonomi, Anwar cuba gemar bercakap tentang demokrasi Malaysia. Sementara ayat yang paling popular sehingga kini ialah "Malaysia akan bankrap di bawah pemerintahan BN". Pejam celik pejam celik, negara kita Malaysia masih dikunjungi pelabur dan ekonomi semakin hari semakin baik. Tetapi anak didik Anwar seperti Rafizi dan rakan-rakannya yang lain tetap menyambung skrip sama. Barangkali atas faktor 'taat setia' kepada pemimpin biarpun salah.


Penulis tidak berminat hendak menulis panjang tentang strategi politik Anwar menjelang PRU14 ini kerana beliau masih lagi dalam penjara. Biarkan beliau popular seketika dan bermain-main dengan pengamal media berhubung 'sketsa'nya yang mahu dibebaskan itu. (Dah 2 tahun jalani hukuman penjara baru nak cakap Saiful tipu?).

Musuh nombor satu Anwar yang kini jadi sahabat baiknya iaitu Mahathir Mohamad sudah tentu lebih hebat strategi politiknya. Masih ingat bagaimana ekonomi Malaysia terasa goyah apabila kroni Mahathir yang kebanyakkannya 'penguasa' ekonomi menganjurkan 'boikot' sejurus BN mahu ambil alih tanah di segi tiga emas Kuala Lumpur? Cabang ekonomi besar seperti Projek pembangunan 1MDB, Tun Razak Exchange (TRX) dan projek kembarnya Bandar Malaysia cuba dipolitik dan digagalkan.


Untuk makluman, pembangunan hartanah strategik ini menjadi alat bagi mewujudkan kesan pengganda tinggi dan memacu ekonomi yang bertenaga. Projek-projek terbabit umpama “blok binaan” yang dapat membantu membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi bandaraya global yang cukup teguh bagi pelabur dan pelancong.


Mereka dalam kalangan pembangkang cukup sedar bahawa projek mega yang hendak diusahakan BN ini berupaya memberi pulangan lumayan dari sudut ekonomi negara. Sebab itu pakatan pembangkang cukup takut kerana ia akan membuatkan rakyat solid menyokong BN. Namun, hari demi hari, isu tersebut semakin malap apabila rakyat semakin jelas halatuju kerajaan BN dan hasutan pakatan pembangkang jelas gagal. Buktinya, PRN Sarawak. Pengundi langsung tidak terpengaruh dengan isu yang dimainkan pakatan pembangkang khususnya 1MDB.


Baik, sekarang kita lihat pula 'skop kerja' DAP dalam usaha memburukkan nama Malaysia pada mata negara luar. Sebelum itu, renunglah wajah anak muda yang menterbalikkan bendera Malaysia di bawah ini. Kasihan, mereka terpengaruh dan tertipu dengan hasutan pembangkang sehingga sanggup menghina Jalur Gemilang. Daripada wajah mereka, rata-ratanya kelihatan berbangsa Cina. Di Malaysia, parti besar orang Cina ialah MCA dan DAP. Mana mungkin MCA menyuruh anak muda ini menterbalikkan bendera Malaysia. MCA merupakan parti komponen BN yang sentiasa mencintai negara Malaysia.


Dewasa ini (secara tepatnya sejak berakhirnya PRU13) parti-parti politik semakin rancak mencari dana bagi menghadapi pilihanraya. Jika pada atas kertas, ia digelar 'pelaburan'. Ini termasuklah negeri Pulau Pinang yang diperintah DAP sendiri.

Penulis ingin memetik tulisan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff. Katanya yang merujuk rakaman dialog tertutup antara

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan 'pelabur' di Singapura :

"Mengikut keterangan Lim Guan Eng di dalam rakaman tersebut, tujuan beliau berkunjung ke Singapura pada hari itu adalah untuk cuba mendapatkan persetujuan dengan Temasek Holding, iaitu sebuah syarikat pelaburan milik Kerajaan PAP dengan sahamnya dimiliki oleh Menteri Kewangan Singapura (“to try to close the deals with Temasek Holding”) membabitkan satu perjanjian kerjasama bernilai RM11.3 bilion untuk membangunkan Hi-Tech Park di Batu Kawan, Pulau Pinang (“a RM11.3 billion join venture deal to develop Hi-Tech Park in Batu Kawan, Penang”).

"Apa yang dikesalkan adalah, atas tujuan untuk mendorong Temasek Holding menyalurkan dana pelaburan kepada Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa segan silu malah dengan begitu bersungguh-sungguh sekali mempertikaikan keupayaan para pemimpin Kerajaan BN menguruskan ekonomi Malaysia serta memuji melangit keupayaan pemimpin Kerajaan PAP menguruskan ekonomi Singapura.

"Sangat mengejutkan bagi saya betapa, dalam keterujaan beliau mengutuk pemimpin Kerajaan BN ini, Lim Guan Eng, ketika menjawab soalan seorang peserta yang berasal dari Pulau Pinang, sanggup mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberikan walau sesen pun kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Pinang.

"Dakwa Lim Guan Eng: “Have you been back to Penang? Go back to Penang and see for yourselves. Remember, not a single cent from the Federal Government.” (Terjemahan dakwaan Lim Guan Eng: “Sudahkah kamu balik ke Pulau Pinang? Balik ke Pulau Pinang dan lihat sendiri. Ingat, tiada satu sen pun dari Kerajaan Persekutuan.”)

"Malah, bukan setakat itu sahaja, kerana Lim Guan Eng juga menuduh BN membayar pengundi RM5,000 seorang bagi mengalahkan beliau di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.
Dakwa Lim Guan Eng: “You know in my constituency in the last general election they were offering votes at RM500 before, actually RM5,000 per vote. You are from Penang, you know. So they were paying voters RM5,000 per vote but yet they lost very badly.” (Terjemahan tuduhan Lim Guan Eng: “Kamu tahu dalam kawasan saya dalam pilihan raya umum lalu mereka menawarkan RM500 untuk setiap undi sebelum ini, sebenarnya RM5,000 untuk setiap undi. Kamu dari Pulau Pinang, kamu tahu. Jadi mereka membayar para pengundi RM5,000 untuk setiap undi tetapi mereka kalah dengan sangat teruk.”)

Dr Kamarul memberitahu, dialog tertutup itu berlangsung di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

Lama atau baru, strategi politik pakatan pembangkang nampaknya tetap sama. Mereka dilihat sedaya upaya menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal manakala rakyat perlu menukar pemerintah. Sebaliknya rakyat juga bertambah bijak apabila tidak mudah percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh pemimpin pakatan pembangkang. Mereka (rakyat) juga berfikir, kalau DAP telus, bagaimana Guan Eng boleh dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah (rumah banglo murah daripada harga pasaran). Begitu juga dengan dakwaan Rafizi yang pernah mendedahkan kekayaan luarbiasa anak-anak Mahathir. Kekayaan luarbiasa anak muda PKR Adam Rosly. SPLASH, YAWAS dan banyak lagi isu membabitkan pemimpin pakatan pembangkang.

Rakyat juga mungkin kembali berfikir, apakah mereka akan tertipu lagi dengan helah pakatan pembangkang seperti kewujudan 40,000 pengundi bangla pada PRU13 yang lalu?

No comments:

Post a Comment