AdSense

Tuesday, April 11, 2017

Tamat anjur perlumbaan #F1 - Jangan cepat melatah, BACA NI...


Ah Najib dengki dengan Mahathir.
Ini negara hendak bankrap.

Dan macam-macam lagi kata-kata emosi dilemparkan kepada kerajaan berhubung keputusan menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan Formula One (F1).


Sedarkan pengkritik bahawa ini bukan keputusan Najib tetapi diputuskan oleh Kabinet.

Keputusan ini juga bukan suka-suka diambil tetapi telahpun mengambil kira pelbagai faktor relevan.

Baca tulisan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang isu ini. Harap jangan cepat melatah tak tentu pasal.

1. Kabinet telah bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan Formula One (F1) bermula tahun 2018 memandangkan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding dengan kos penganjuran kejohanan tersebut.

2. Pada peringkat awalnya penganjuran F1 ini telah dapat mempromosikan negara sebagai destinasi bagi acara sukan bertaraf dunia, selain mempromosi negara sebagai destinasi pilihan pelancong global.

3. Namun begitu, sudah sampai masanya Kerajaan menilai penganjuran kejohanan F1 ini dengan mengambil kira perubahan yang berlaku sejak kita menganjurkan perlumbaan ini pada tahun 1999.

4. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak-pihak berkepentingan.

5. Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu.

6. Pada tahun 1999 hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij ini termasuk 2 Negara Asia, tetapi ianya kini telah meningkat kepada 21 buah negara dengan 6 Negara Asia, sekali gus mengakibatkan penurunan pulangan kepada penganjur dan negara.

7. Penamatan penganjuran ini akan membolehkan Kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran bagi pembangunan bakat, infrastruktur, pemindahan kemahiran dan pengetahuan.

8. Kerajaan juga akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-kart, membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, menaik taraf kemudahan di SIC di samping membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1.

9. Litar Sepang akan terus memainkan peranan penting dalam usaha kita mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia akan terus menjadi tuan rumah kepada acara sukan permotoran utama seperti MotoGP dan banyak lagi perlumbaan bertaraf nasional, serantau dan antarabangsa yang akan terus menarik pengunjung ke Malaysia.

10. Meskipun begitu, Petronas akan meneruskan penajaan ke atas Pasukan Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan F1 sebagai strategi pemasaran syarikat berkenaan.

11. Kerajaan Malaysia sedia maklum dan mengakui sokongan yang telah diberikan oleh Formula One Management (FOM) sepanjang penganjuran perlumbaan tersebut di negara ini sejak 19 tahun yang lalu. Saya juga ingin menzahirkan setinggi penghargaan atas persefahaman serta persetujuan FOM yang bersetuju perlumbaan F1 2017 di Sepang menjadi perlumbaan terakhir di litar tersebut.

Sumber : NajibRazak

1 comment:

  1. Salam. Kehebatan dan keGAHan litar formula 1!Tak setanding populariti yang dijulang Najib sebagai pemimpin kerajaan Kelepetrokasi.

    ReplyDelete