AdSense

Thursday, March 9, 2017

Pemeriksaan Awam projek #ECRL : 39 lokasi selama 3 bulan


Setiap pembangunan atau projek yang hendak dijalankan, ia turut mengambil maklum balas daripada orang ramai.


Inilah yang sedang dilakukan pihak kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila memulakan Pemeriksaan Awam bagi projek ECRL selama 3 bulan.

Untuk makluman, pameran ini merupakan keperluan di bawah Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang menyatakan bahawa satu forum maklum balas awam perlu diadakan bagi setiap projek rel yang dicadangkan.

Selain itu, pameran ini juga bertujuan memaklumkan kepada orang ramai mengenai manfaat sosio-ekonomi projek ECRL kepada negara.




Sesi Pemeriksaan Awam ini akan mempamerkan pertamanya, cadangan laluan kereta api dari Wakaf Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak  yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 km.

Kedua, lokasi stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia dan ketiganya, lain-lain ciri projek ECRL.

Memetik kenyataan rasmi SPAD, selain ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur, Pemeriksaan Awam ini juga akan diadakan di 38 lokasi yang dikunjungi orang ramai dari 8 Mac 2017 hingga 5 Jun 2017.

Lokasi yang dimaksudkan termasuklah pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Putih, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong.

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat dan memberikan maklum balas boleh menghubungi talian bebas tol 1800-222-524 atau melawat laman sesawang MRL (www.mrl.com.my) atau menghantar e-mel kepada feedback@mrl.com.my

Sedikit info mengenai ECRL :

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah sebuah projek nasional oleh Kerajaan Malaysia untuk membina laluan kereta api baru yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur ke kawasan Lembah Klang.

Semalam, 8 Mac 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sesi Pemeriksaan Awam yang pertama di ibu pejabat SPAD di Platinum Sentral, Kuala Lumpur Sentral.








No comments:

Post a Comment